Monday, 30 September 2024

GUA TEMPURUNG

 ASSALAMUALAIKUM

CUTI SEKOLAH MINGGGU LEPAS MENGIKUTI ANAK CUCU KE IPOH...TURUT BERSAMA CIKGU SYARIFAH INTAN DAN USTAZ WADI BERSERTA ANAKNYA....MENYEWA DI RUMAH INAP DUA TINGKAT ECO RESORT...TERPAKSALAH ARIFF DAN AQIL DENGAN BANTUAN USTAZ WADI MENGANGKAT KERUSI RODA PI KE TINGKAT ATAS...PI MENYUSAHKAN KESELESAAN ANAK CUCU DAN KAWAN-KAWANNYA SAJA...ECO RESORT INDAH SUASANANYA BERHAMPIRAN SUNGAI BERBATU DAN AIRNYA MENGALIR DERAS.

SEBELUM MALAM KE TEMPAT PERKELAHAN DI ULU CHEPOR...KEESOKAN PAGI USAI SOLAT JUMAAT BERKONVOI KE GUA TEMPURUNG PULA...PI MENUNGGU DI DALAM KERETA SAJA...ANAK CUCU DAN KAWAN-KAWANNYA MENEROKA GUA TEMPURUNG BERSEJARAH SARAT DENGAN PELBAGAI MISTERI.

DALAM PERJALANAN PULANG SINGGAH DI GERAI PINGGIR JALAN MEMBELI DURIAN, DOKONG, CEMPEDAK, RAMBUTAN, TAMPOI...PENUHLAH KERETA.


ECO RESORT PIC GOOGLE IMAGE (C)

ULU CHEPOR


GUA TEMPURUNG














  

Sunday, 29 September 2024

GENDANG CINA

 ASSALAMUALAIKUM












[11:27, 28/09/2024] yong: Qari join gendang Cina

[11:27, 28/09/2024] yong: Genius book of record

[11:28, 28/09/2024] yong: Peringkat antarabangsa

TAHNIAH ABQORI

Saturday, 28 September 2024

SPEKULASI

 SSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

KARYA PILIHAN
SPEKULASI
(Sonian)

Terima kasih Sifu Tabir Alam


SPEKULASI

 

Bentuk tanda tanya

umpama bayang

pertimbangan

terganggu

.

Mencari jawapan

kebenarannya

timbul rasa

curiga

.

Ingin hanya dengar

 benar sahaja

tenang hati

gelora

.

Spekulasi persis

deruan angin

sapa daun

menari

 




Friday, 27 September 2024

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

KARYA PILIHAN
SEMAI BUDI
(Saduka)

Terima kasih Sifu Tabir Alam



SEMAI BUDI
Pada ardi
semai budi
benih tunas
celah panas
.
Pohon rimbun
penuh kebun
demi masa
tuai jasa
.
Rajin tani
itu ini
tumbuh segar
sisi pagar
.
Mudah saja
langsai kerja
hidup mudah
lanskap indah

Thursday, 26 September 2024

JENAYAH PERANG

 ASSALAMUALAIKUM



PENJENAYAH PINTAR

 

penjenayah pencetus 

permudah permulaan perang

perluasan penguasaan 

pakar pintar persenjataan pakar 

pasang pada peranti

pengguna padah

 

 

Perniagaan  pembunuhan pesat

penipu peroleh  puas

pradigma penzalim

pembalasan

pada pemangsanya para pejuang

penyokong perjuangan Palestin

.

Penyelesaian  pada perdamaian 

perjalanannya panjang

pandangan pesimis permusuhan

pengakhiran palsu

pengharapan patah

perasaan penzalim pupus prihatin

 pemerhati pedih pilu perlakuannya

 


Wednesday, 25 September 2024

DOKONG SEPOKOK

 ASSALAMUALAIKUM



DOKONG SEPOKOK INI HASIL TANAMAN BAPA PI HJ SHAK HJ ISMAIL......ALHAMDULILLAH BERBUAH LEBAT PULA MUSIM KALI NI...MAI MAI MAKAN DOKONG MANIS.

Tuesday, 24 September 2024

GELISAH RINDU

 ASSALAMUALAIKUM



GELISAH RINDU
.
Suku mengkudu tangan meramu,
berhati-hati campuran jamu;
daku merindu kehilanganmu,
ternanti-nanti kehadiranmu.
.
Di sana bakau sawa selari,
jelah pepaku berhari-hari;
ke mana dikau membawa diri,
puaslah daku tercari-cari.
.
Amatlah gundah di lata basah,
membasuh ciku bersusah-susah;
lamalah sudah kita berpisah,
rusuh hatiku resah gelisah.
.
Ketara helang lihai ke mana,
rempa kemumu laku laksana;
segera pulang duhai arjuna,
tanpa dirimu daku merana.
.
Mendesah rakan pangku pelita,
henti di bagan terpana genta;
usah biarkan daku derita,
mati beragan pesona cinta.
All reactions:

Monday, 23 September 2024

BEKOR DI SEBALIK CERITA DUKA

 ASSALAMUALAIKUM







Dua naskhah antologi terbaru terbitan KARYAWAN Pk 024 berjudul BEKOR DI SEBALIK CERITA DUKA telah selamat kepenerimaan kakpidah kiriman Dr Hj Zabidin Hj Ismail. Alhamdulillah! Terima kasih banyak Tuan kesudiannya. Cenderamata amat istimewa berharga. Anekdot SENJA DI BEKOR dan sajak BEKOR SEJARAH TRAGIS karya kakpidah terselit dalam antologi ini. Terharu sekali penerbit sudi memilih karya kecil kakpidah berada di laman naskhah antara penulis terkenal berwibawa. Naskhah multigenre ini mengandungi esei, anekdot, sajak mengungkap sejarah perang yang berlaku di Bekor suatu ketika dulu. Semua karya dan puisi indah menarik ditelusuri hasilan penulis terlibat selenggaraan M Zaki Arif.
Tahniah penerbit, penyelenggara dan semua karyawan terlibat.

Sunday, 22 September 2024

KESUKAAN

 ASSALAMUALAIKUM

KESUKAAN

 


Dulu aku memang suka membeli pinggan mangkuk, periuk belanga dan pelbagai alatan dapur. Sekiranya hendak berkenduri secara kecil-kecilan tentulah tidak perlu bersusah-payah meminjamnya pada sesiapa. Kini setelah norma hidupku berubah terpaksaku tinggalkan kesukaan itu.  Aku menyesuaikan minatku dengan kondisi diri. Tidak lagi bersibuk dengan peralatan dapur memasak itu ini. Tapi merencah karya sastera aneka rasa. Hasilannya pelbagai antologi berbeza genre dapatku himpun menjadi khazanah peribadi. Sudah melebihi seratus jumlahnya.   Insya-Allah.

 

pinggan bunga ros -

antalogi sastera

norma kondusif


Saturday, 21 September 2024

PUISI

 ASSALAMUALAIKUM



PUISI

Pohon
dua dahan
tradisi dan moden
reranting karya sastera
genre
.
Bentuk
beza rupa
susun gubah kata
puisi asli mengikat
pola
.
Coret
ayat bebas
luah rasa hati
sajak kreatif satira
moden
.
Diksi
puspa wangi
sunting hujung ranting
pilih di dahan sesuai
ingin

Wednesday, 18 September 2024

PUTERI LIMAU PURUT



 ASSALAMUALAIKUM


PUTERI LIMAU PURUT

 


PIC GOOGLE IMAGES (C)

Selari jarak balam searah,

lari harimau menurut unta,

tangan merisih di batang pinang,

rotan dipatah direngguh tapan,

silang pulasan meredap teja;

negeri  Perak dalam sejarah,

Puteri Limau Purut jelita,

rombongan Acheh datang meminang,

sultan bertitah tangguh jawapan,

pulang utusan menghadap raja.

 

.

Bendalu lama senang dibasuh,

candik di bahu adik berlalu,

memunggah bata kepung sandaran,

gayat melata setentang lembah,

cari remunggai jalan di sini;

lalu bersama inang pengasuh,

naik perahu mudik ke hulu,

singgah merata kampung pinggiran,

rakyat jelata berdatang sembah,

beri pelbagai hasilan tani.

 

.

Kasturi ragah  bersatu rapat,

bega markisa dedalu celah,

lanang merusuh kecah sengaja,

sembari lela lotong kerumun,

nangka diberi penghulu buru,

semangka pangku terlena letih,

rakan sebelah pangku kuini

dibelah juga ringan bebannya;

puteri singgah suatu tempat,

melega rasa lalu berkelah,

puteri mula memotong timun,

terluka jari lalu berseru,

“Jika darahku berwarna putih,

akan matilah aku di sini.”

benarlah duga dengan takdir-Nya.

.

Santan mendidih aroma sebar,

berkat selidik tunggal laksana,

serakan sekam jenuh dipadat,

seroja sisih, kelisa ampu,

perah di para arang selerak,

kilauan intan lakum ketara;

sultan  bersedih terima khabar,

berangkat mudik tinggal istana,

makam puteri penuh beradat,

hai Raja Aceh rasa ditipu,

kerah tentera menyerang Perak,

menawan sultan hukum penjara.