ASSALAMUALAIKUM
SURAU
Surau itu dibina dua tingkat. Dan perlu menaiki tujuh takah anak
tangga untuk ke tingkat atas. Jarak antara rumahku dengan surau tidaklah jauh. Hanya
berselang sebuah rumah jiranku saja. Tapi sebab aku tidak kuat mengatur langkah
menjadikannya terlalu jauh bagiku. Aku akan ke surau setiap petang Khamis untuk
mengikuti kuliah agama diberikan seorang ustaz.
Petang itu setelah usai ustaz memberi kuliah semua jiran-jiranku yang
hadir, solat zohor berjemaah berimamkan ustaz itu. Jiran-jiranku bersibuk
menyediakan hidangan untuk ustaz dan semua yang hadir. Kak Kiah jiranku yang
tinggal di hujung kampung berkenduri durian hasil tanamannya. Durian
dihidangkan dengan pulut dan juga pelbagai kuih-muih. Aku bangun perlahan-lahan
meninggalkan majlis dan menuruni tangga surau.
Tiba-tiba aku melayang dari anak
tangga pertama terus ke bawah. Sakitnya tidak terasa. Tapi malu juga.
jemaah surau -
menu durian kampung
langkahan tragis
Kalau surau tempat wak, setiap lepas maghrib hari khamis ada yasinan dan tahlilan.
ReplyDeletelepas isyak ada ngambeng (jamuan nasi ambeng)
tksh WP wah terbaik ibadah mengimarahkan surau
Deletelaa awat tersadung tu? terpijak kain ke apa?
ReplyDeleteIni cerita yg kakak alami? Haisssh, Alhamdulillah tak kenapa2 ya kak PI.
ReplyDeleteTapi ya laah, yg namanya jatuh nih, terkadang malunya lebih berasa drpd sakit nya 😅