Sunday 7 July 2024

MUHARAM

 ASSALAMUALAIKUM


SALAM MAAL HIJRAH SELAMAT BERHUJUNG MINGGU



MUHARAM
.
Awal Muharam tahun baharu
sempena takwim sejarah hijrah
Nabi Muhammad musyrikin buru
tuju Madinah menghala arah
.
Bulan Muharam sarat kisahnya
dilarang perang bertumpah darah
puasa sunat ikhlas niatnya
berserah jiwa kawal amarah
.
Nabi Adam wujudnya dicipta
bersama Hawa suri berseri
di dalam syurga bersukacita
termakan khuldi derita diri
.
Taubat nasuha memohon maaf
kala Muharam Allah ampunkan
akan segala durjana khilaf
alam dunia hidup teruskan
.
Zaman Nabi Noh bah besar landa
gunung tertinggi turut tenggelam
semata air hanya berada
Muharam jelang berubah alam
.
Nabi Yunus juga nabi Musa
tinta terukir dalam al-Quran
Allah yang Rahim Maha Kuasa
kisah Muharam tertib aturan
All reactio

9 comments:

  1. Salam Maal Hijrah 1446H Kak PI.

    ReplyDelete
  2. Tak terasa dah tahun baru Islam lagi ya kak ❤️. Terlalu cepat waktu berlalu. Yg saya pikirkan hanya, sudah siapkah bekal untuk nanti 😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh fanny salam maal hijra ya masa sgt cepat berlalu bersedialah seupaya daya siap bekalan nk bawa ke sana

      Delete
  3. Salam Maal Hijrah yang ke 1446 :D

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”