ASSALAMUALAIKUM
KARYA HILANG
Aku terbaca hantaran
sahabatku SZA @facebook tentang banyak karya penulisannya telah hanyut dibawa
arus masa. Hilang tanpa kesan. Ada seorang
penulis membalas komen bercerita beliau menulis karyanya dengan pen saja dan
menghantarnya pada penerbit. Karyanya itu disiarkan. Tapi hilang pula daripada
simpanannya. Aku teringat coretan penulis Dzil Majid yang mengatakan beliau
juga menulis karya dengan pen saja. Dan karyanya diterima penerbit untuk
siaran. Begitu gigih penulis era dahulu berkarya. Sama juga kisahnya denganku. Tapi
aku berpeluang menggunakan mesin taip pejabat. Tidaklah menggunakan pen untuk
menulis karya. Tika awal penglibatanku dalam arena penulisan akhir tahun 70-an
beberapa karyaku berupa sajak, disiarkan majalah Peneroka berjudul ‘Untukmu Nendaku
dan sebuah lagi sudah terlupa judulnya. Dewan Sastera pula siarkan sajakku
berjudul ‘Perkahwinan’. Rencana berita, secebis kisah, resipi disiarkan akhbar
Utusan Malaysia. Setelah aku berkahwin dan tinggal di rumah sendiri tidak pula
aku teringat untuk membawa harta karyaku itu bersama. Akhirnya dipandang
sebagai sarap semata dan dibuang pengurus rumah ibubapaku. Salahku juga kerana
tidak mengambil berat tentang sejarah kehidupanku. Aku hanya boleh bercerita
berdasarkan kenangan tanpa bukti. Aku pun langsung tidak terfikir pada usia
senja akan menulis lagi. Tapi takdir meletakkanku di lorong sastera setelah
meninggalkannya sekian lama.
kunjungan perdana
ReplyDeletesalam kenal
tksh kunjunganya salam kenal
DeleteWalopun yg lama2 sudah hilang, tp setidaknya skr ini kak PI sudah dikena sebagai penulis puisi yg karya nya banyaak dimuat di mana2 👍. Adalah peninggalan yg akan dikenang nanti ❤️
ReplyDelete