Thursday, 6 June 2024

IBADAH HAJI

 ASSALAMUALAIKUM

IBADAH HAJI

.

Teg


a menempuh aral cabaran

kembara jiwa kerana Allah

nadi berdenyut jantung getaran

mohon terhapus dosa bersalah

.

Rukun Islam wajib ditunaikan

semua hamba andainya mampu

sempurna raga azam kemaskan

rohani murni kusyuk menumpu

 

Tawaf beriring keliling Kaabah

lafaz talbiah membasah bibir

nawaitu kekal tidak berubah

antara sela gemaan takbir

.

Berhati-hati di dalam ihram

lengkap semua korban ternakan

ibadah haji di Tanah Haram

semoga mabrur Allah makbulkan

.

 

Sepuluh Zulhijah tarikh tentu

Aidiladha disambut mulia

ibadah haji Muslim bersatu

nawaitu tulus jiwa aulia


4 comments:

  1. semoga dapat haji yg mabrur kpd tetamu2 Allah di tanah suci...semoga ibadah korban kita diterima Ilahi...amiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin tksh nohas bersama kita doakannya

      Delete
  2. Yg bisa berhaji tahun ini, semoga dilancarkan di tanah suci, diberi keselamatan hingga kembali ke tanah air. Dan semoga menjadi haji mabrur. Baca puisi kak PI, langsung rindu ke tanah suci

    ReplyDelete
  3. dari start org pergi haji tu, sy baca mcm2 berita. apa yg sy dpt simpulkan drpd berita2 tu adalah, mereka yg menabung bersama keluarga, dpt naik haji sama-sama tahun ni. salah satu keluarga yg terpilih tu, keluarga abg kwn sy. 6 beranak pergi sama-sama... hari ni sy terbaca berita, 1 family tu 14 org dpt pergi haji...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”