Sunday, 30 June 2024

KUIH BAULU

 ASSALAMUALAIKUM



SELAMAT BERHUJUNG MINGGU


KUIH BAULU

 

.

Kuih tradisi Melayu menjadi kegemaranku. Pelbagai jenis pilihannya. Salah satunya ialah kuih baulu. Suatu ketika dulu pernah menolong atukku membakarnya. Bahannya cuma tiga saja iaitu tepung gandum, gula, telur ayam atau itik. Caranya mudah. Telur  dicampur gula ikut sukatannya. Dipukul dengan penimbuk telur sehingga sebati dan berbuih putih. Kemudian adunan telur dan gula dimasukan tepung gandum yang siap dijemur dan sangai secara sedikit demi sedikit. Jika telurnya semangkuk maka semangkuk juga tepung digunakan. Siap adun isikan dalam acuan bentuk cermai atau ikan. Di bakar pula dalam periuk beralas pasir di atas api berbara. Bara api juga diletakkan di atas tudung periuk pembakar. Sekejap saja masa membakarnya. Sudah pun masak. Amat enak rasanya. Rangup tapi lembut. Kuih baulu di pasaran sekarang berbeza rasanya. Patah seleraku hendak menikmatinya. Pembuatannya terlalu improvisasi. Banyak tokok tambahnya. Tekstur pula terlalu lembut dan tidak tahan lama.

 

 

penimbuk telur –

kuih baulu rangup

tradisi ilam


Saturday, 29 June 2024

KASUT

 ASSALAMUALAIKUM


KASUT

 

Kaki

sarung kasut

ukuran berbeza

menapak di atas tanah

tegak

.

Gaya

segak kemas

wibawa jati diri

cabaran ujian hadap

tabah

.

Pilih

alas kaki

pasangan serasi

serupa bentuk semata

asli

.

Ubah

kasut diri

langkah jalan pincang

gelincir arah sebenar

jatuh


BERKORBAN

 

Atma

dasar lubuk

cuci cemar noda

sembelih mazmumah

menjerat kebijaksanan

akli

.

Bagai

peristiwa

hai Nabi Ibrahim

korbankan nabi Ismail

anak

.

Allah

pantas kilat

segera mengganti

sebaik pisau menyentuh

leher

.

Korban

metafora

sifat jelek dungu

merantai berkunci mati

buang

 


Friday, 28 June 2024

RASIONALISASI

 ASSALAMUALAIKUM



RASIONALISASI

 

Hasil

mimpi bayang

ekonomi mantap

rasionalisasi baca

berjela penerangan

seli sela fakta bijaksana

lupakan zalim kekejamannya

terima reda kesombongannya

hidangan hadap rezeki mewah limpah

 

hidangan hadap rezeki mewah limpah

terima reda kesombongannya

lupakan zalim kekejamannya

seli sela fakta bijaksana

berjela penerangan

rasionalisasi baca

ekonomi mantap

mimpi bayang

hasil


Thursday, 27 June 2024

PENGORBANAN SEORANG BAPA

 ASSALAMUALAIKUM



Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Facebook
Faceb
PENGORBANAN SEORANG BAPA
.
Bapaku sangat rajin. Beliau melakukan pelbagai pekerjaan menghasilkan pendapatan untuk menyara kehidupan kami keluarganya. Kala musim menanam padi bermula bapaku bekerja di bendang sehingga hari penuaiannya tiba. Dalam pada itu bapa akan ke laut menangkap ikan dan pelbagai sumber yang boleh dijual di pasaran untuk menambah pendapatanya. Hidup kami seadanya. Namun bahagia. Pada hari tertentu bapaku akan menjalani latihan sebagai askar wataniah. Bapaku juga seorang pesilat. Setiap malam beliau akan mempelajari ilmu persilatan bersama-sama kawan-kawannya di gelanggang di kampung Ulu berguru dengan pesilat terkenal di situ. Untuk mengubah penghidupan kami sekeluarga agar menjadi lebih senang bapa membawa kami menyertai skim tanah rancangan LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). Berhijrah ke tempat baru meninggalkan kampung halaman tercinta. Di sini bapaku sebagai peneroka. Aktif dalam pelbagai aktiviti sosial, sukan dan kebudayaan. Bapaku antara pemain bola sepak dan dalam pasukan mewakili kampung dalam perlawanan antara pasukan lawan. Minat bapaku dalam bidang muzik menyebabkan bapaku dan kawan-kawannya sentiasa diundang mengadakan persembahan pada majlis tertentu bersama kumpulan ghazal parti yang dianggotainya. Bapaku melupakan kegiatan lalu selari usia. Bapa sentiasa berada di sisiku menjaga kebajikanku tika aku sakit terlantar. Kini bapa telah tiada. Jasa budi pengorbanan bapaku abadi bersama doa tiasa walau aku terlalu pilu kehilangannya.
lelaki gagah –
sempena Hari Bapa
nota kenangan