Tuesday, 21 May 2024

SEHELAI DAUN

 ASSALAMUALAIKUM



SEHELAI DAUN

 

Aku menyapu dedaun kering yang gugur dari pohon mangga di halaman rumahku perlahan-lahan. Aku perlu sangat berhati-hati melakukannya kerana daya upayaku amat sedikit. Jika tersalah langkah pasti aku tumbang sebab imbangan badan sukar dikawal. Tapi dengan tenaga yang sedikit itu segala kerja hendakku buat. Selesai menyapu laman aku membuka peti surat berdekatan situ. Terpana melihat samput surat berlogo DBP. Teruja hendak mengetahui apa isinya. Rasanya aku tidak pernah ada sebarang urusan dengan pihak DBP. Segera dibuka dan baca. Rupanya aku dijemput menghadiri kursus penulisan cerpen untuk pesara dan diminta menghantar sebuah cerpen untuk dinilai. Bingung seketika memikirkan bagaimana namaku tersesat dalam maklumat DBP. Baru aku teringat pernah menghantar sajak berjudul “Sehelai Daun” menyertai sayembara sempena ulang tahun penubuhan DBP. Kalau tidak kerana desakan anakku, tidak ingin aku menyertainya. Jenuh pula memikirkan bagaimana hendak menghadirinya sedang aku sangat kurang upaya. Tapi anak dan menantuku bersedia menemaniku berkursus di hotel Dynasty Kuala Lumpur. Terpaksa pula pihak DBP menyediakan sebuah bilik khusus untukku kerana aku membawa anak-anaku menemaniku. Terima kasih DBP. Kursus penulisan cerpen ini dibimbing sifu penulisan Puan Zaharah Nawawi di hadiri ramai penulis terkenal. Antaranya Noorlaila Ghafar, Amir Hamzah. Mokktar Rahman. AbhamTR, Wan Kursiah Hanum, Baharudin Darus, WB.Rendra, Hamidah Kamarudin dll. Pertemuan bermakna tidak pernah kuduga. Aku pun kesiluan kerana aku bukan sesiapa.

 

 

surat jemputan -

dedaun mangga kering

inisiatif


2 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”