Wednesday, 1 May 2024

PUISI APRESIASIASI PENULIS ASPTA

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT HARI PEKERJA


Puisi sonian karya Prof Salmah Amir

Puisi haiku karya Penulis Rina Chundau


BAGAIKAN BERMIMPI

.

Termangu-mangu merenung malam gelita menanti jelma dini hari. Masih bertanya pada diri, benarkah parasatua tadi? Mungkinkah nyata? Mungkinkah mimpi siang hari? Apakah semata khayalan? Pipi lusuh dicubit halus. Aduh sakit! Sukar mempercayai bahawa kejora langit tinggi cahayanya cerlang menyepuh ruang dimensi menyapa tulus. Kenangan indah milikku. Dalam sedu genang air mata rinai, bicara sepatah dua. Pertemuan Sabtu 11 Syawal penaku meninta diari sejarah. Menatap wajah putih syahdu Sifu Tabir Alam hadir tenang. Anakanda wira menemani perjalanan ayahanda  dan bonda. Suri solehah jelita setia sisinya, mengusap bahuku perlahan meredakan emosiku kesedihan gugur berderai. Persis barayun dalam buaian mimpi berulang-alik. Terpana pesona santun budi bahasa seorang Sifu peribadi mulia. Hilang sudah untai mutiara kata citra hati berladung sebak. Terkenang-kenang kala sering hanyut ke laut menongkah arus menimba ilmu sastera. Bimbing  bicara tegar mengusik rasa. Namun pelampung penyelamat segera dikirim bersama bayu berhembus sepoi.  Indahnya takdir pertemuan bermakna kejutan bahagia melerai simpulan rindu seorang haijin kerdil tiada upaya. Alhamdulillah, rezeki anugerah-Nya. Maafkan segala kekurangan tatacara istimewa meraikan kehadiran Sifu, Puan Isteri dan anakanda. Hanya sekadar seadanya. Terima kasih banyak kesudian insan sanjungan atma hadir sempena Syawal. Senantiasa ada karangan doa dikalung pada tugu ingat semoga Sifu sekeluarga afiah sejahtera dalam lindungan Allah, murah rezeki, 


8 comments:

  1. Selamat Hari Pekerja...indah sungguh coretan Kak PI..

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. parasatua/peristiwa bahasa Melayu klasik tksh anies

      Delete
  3. sungguh puitis bahasa yg digunakan oleh kak PI. terpegun sy bila membacanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu sokongannya puisi prosa biasa ja

      Delete
  4. banyak perkataan2 baru di dengar dalam coretan ni..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”