ASSALAMUALAIKUM
TELUR BUAYA
Aku membaca status sahabatku dari Sabah yang melintas ruang media facebook. Effa Hannie Mei Hwa menawarkan telur buaya pada sesiapa yang ingin merasainya bolehlah memesan padanya. Aku meneliti gambar telur buaya yang disertakan bersamanya. Memang aku tak pernah tengok pun telur buaya selama ini. Bentuknya lonjong dan lebih besar daripada telur ayam, berwarna putih. Ramai netizen yang menulis di ruang komen bertanyakan tentang itu. Effa Hannie Mei Hwa menjawabnya selari soalannya. Aku pun turut memberi komen.
“Orang kata makan telur buaya badan jadi panas dan akan berendam saja.”
“Taklah kak. Anak saya makan elok saja.” Balas sahabatku itu. Sebenarnya aku terkenang cerita lama oleh emakku bahawa seseorang terjumpa telur lalu direbus untuk jadikan makanannya. Badannya terasa panas setelah memakannya. Dia berlari ke sungai untuk menyejukkan badannya. Tiba-tiba dia telah berubah menjadi buaya.
telur buaya -
jualan Effa Hannie
memori lalu
Meremang pula tengkuk saya
ReplyDelete