ASSALAMUALAIKUM
MENJUAL MATAHARI
Baghdad ditimpa kemarau.
Penduduknya kekurangan bekalan air. Tapi ada seorang di situ memilki sebuah
telaga yang sentiasa penuh airnya hingga terpaksa dialirkan ke sungai. Penduduk
Baghdad yang ingin mengambil air daripada telaganya dia akan menjualnya.
Bertambah kaya pemilik telaga itu. Penduduk Baghdad merasa musykil kerana air
telaga itu melimpah sahaja ke sungai tapi tidak dibenarkan mengambilnya.
Terpaksa pula membayar harga air jika ingin mengambilnya.
Abu Nawas bertemu
gabenur Baghdad mengemukakan masalah itu.
“Hamba tidak boleh
berbuat apa-apa. Sebab dia berhak menjual air daripada telaganya. Dia tidak
berbuat salah.”
“Tapi dia telah
menyusahkan penduduk Baghdad yang tidak mampu membelinya. Tapi amat memerlukan
air untuk kegunaan seharian.” Gabenur terdiam. Dia ternyata tidak dapat
menyelesaikannya.
Abu Nawas mengadap
khalifah pula. Dia mengadukan masalah yang sama. Khalifah Harun al-Rashid juga
tidak boleh berbuat apa-apa kerana menjual air tidak menyalahi hukum.
“Kalau begitu hamba
mohon paduka melantik hamba sebagai gabenur.” Ujar Abu Nawas tiba-tiba.
“Benarkah kamu mahu
menjadi gabenur? Sebab kamu selalu menolak kala beta menawarkan kamu jawatan
menteri.” Khalifah kehairanan.
“Sementara saja paduka.
Setelah hamba selesaikan masalah ini, jawatan itu dikembalikan pada gabenur
asal.”
“Baiklah.” Khalifah
bersetuju.
“Hamba adalah gabenur
Baghdad kini. Hamba menetapkan cahaya matahari yang mengenai rumah penduduk
mesti dibayar harganya.”
Penduduk Baghdad
mempersoalkannya kerana cahaya matahari milik semua anugerah daripada Pencipta.
Mereka merasakan khalifah telah tersalah
memilih gabenur Baghdad. Pemilik telaga juga menentang tindakan gabenur baru.
“Hamba adalah gabenur
Baghdad. Jadi ketetapan hamba mesti dipatuhi. Kamu mesti membenarkan penduduk
Baghdad mengambil air daripada telaga kamu tanpa bayaran. Jika kamu enggan,
hamba akan menutup saliran air telaga ke sungai. Dan air akan melimpah
membanjiri kawasan kamu. Sebagai gabenur hamba berkuasa memutuskan keputusan
untuk maslahat masyarakat Baghdad.” Ujar Abu Nawas dengan tegas.
Maka pemilik telaga pun terpaksa mematuhi arahan gabenur
baru itu. Sebaik menyelesaikan tugasnya, Abu Nawas pun mengembalikan jawatan
gabenur pada penjawat asal.
Bijaknya Abu Nawas.
ReplyDeletetksh amie ya banyak akainya
DeletePemimpin yang bijak...Abu Nawas
ReplyDeletetksh mama anies ya bijak n selamba lucu
DeleteAbu Nawas selalu bisa mencari jalan keluar tiap masalah. Nasib baik dia berpihak kepada rakyat kan 👍😄
ReplyDelete