Thursday, 23 November 2023

SUNGAI BATU

 ASSALAMUALAIKUM

Dalam grup whatsapp seorang sahabatnya saudara  Zulkifli Jaafar ialah mantan pengarah muzium Kedah. PI seorang yang berminat dengan sejarah cubalah meminta sahabat yang pro dalam bidangnya berkongsi sedikit cerita berkenaan penemuannya di tapak arkeologi LEMBAH BUJANG MERBOK. Lebih tepatnya di SG.BATU. Seorang jiran PI juga kaum kerabatnya tinggal di sini. Tidaklah jauh dari kampung asal PI di Yan.

Catatan sdr Zulkifli Jaafar(c)




PIC GOOGLE IMAGES(C)


Sungai Batu merupakan salah satu di antara lebih 100 tapak arkeologi yg ditemui di lembah Bujang yg dilaporkan ditemui sejak 1840 yang membuktikan lembah Bujang sebagai entrepot yg menghubungkan 3 tamadun awal manusia dari China , India dan Arab yg datang berkumpul untuk bertukar komoditi yg dihasilkan oleh mereka dan produk komoditi dari kepulauan Melayu sejak SM 300 .

Laporan penemuan tapak sungai Batu telah direkodkan sejak 1930an dan kerja ekskavasi secara intensif telah dijalankan oleh USM sejak 2004 hingga kini.

Antara penemuan utama adalah sisa structure binaan Hindu dan struktur binaan yg digunakan sebagai tempat proses peleburan besi bertarikh kurun ke 8 masehi.

Bukti arkeologi ini membuktikan bahawa Kuala sungai Batu merupakan satu-satu pengkalan yg di gunakan Oleh pelebur besi dari India untuk meleburkan bijih besi yg Banyak terdapat di sekitar Sg Batu untuk dijadikan tampang besi sebelum dibawa ke India

4 comments:

  1. banyak kesan sejarah di Lembah Bujang...maknanya kerajaan lama di Kedah sudah maju berabad-abad lamanya..

    ReplyDelete
  2. Warisan negara yang sangat bernilai

    ReplyDelete
  3. saya sampai lembah bujang je. sg batu sekadar lalu je sbb hari dah malam. nnt dtg sg petani lg sy nk sggh sini

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”