Thursday, 30 November 2023

𝐒𝐂𝐈𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐏𝐀𝐏𝐄𝐑 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟑

ASSALAMUALAIKUM

Senarai TOP 10 (Pemenang Bagi Wilayah Persekutuan)



𝐒𝐂𝐈𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐏𝐀𝐏𝐄𝐑 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐄 𝐂𝐇𝐀𝐌𝐏𝐈𝐎𝐍𝐒𝐇𝐈𝐏 𝟐𝟎𝟐𝟑
Tarikh:29 November 2023
Hari: Rabu
👏🏻 Tahniah kepada adik Tuan Abqari bin Tuan Uzaini kerana telah berjaya mewakili SKIB dan mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan ini.
💪🏻 Beliau telah berjaya menyandang:-
😍🥉 Tempat ke-3 (Longest Distance) Delta
😍🏅 Tempat ke-10 (Time A Loft) Delta
👏🏻😍 Semoga adik Qari semakin berjaya dan lebih cemerlang serta menjadi inspirasi kepada murid-murid lain untuk terus berjaya.
❤️





TAHNIAH ABQORI TERSENYUM COMEL


 

Wednesday, 29 November 2023

SAKURA GUGUR

 ASSALAMUALAIKUM

MUSIM SAKURA GUGUR






Monday, 27 November 2023

KURSUS JICA JEPUN

 ASSALAMUALAIKUM

KE JEPUN

Mayasari menyertai beberapa kawan-kawannya dipilih Kementerian Pendidikan Malaysia mengikuti kursus pendidikan JICA, Tksuba  selama dua minggu...semoga anakanda PI ini menyelesaikan tugasan berapa kursus intensif dengan jayanya amiin YRBA.











sampai airport Narita


bilik sorang sebuah



makan nasi komawa

 







Thursday, 23 November 2023

SUNGAI BATU

 ASSALAMUALAIKUM

Dalam grup whatsapp seorang sahabatnya saudara  Zulkifli Jaafar ialah mantan pengarah muzium Kedah. PI seorang yang berminat dengan sejarah cubalah meminta sahabat yang pro dalam bidangnya berkongsi sedikit cerita berkenaan penemuannya di tapak arkeologi LEMBAH BUJANG MERBOK. Lebih tepatnya di SG.BATU. Seorang jiran PI juga kaum kerabatnya tinggal di sini. Tidaklah jauh dari kampung asal PI di Yan.

Catatan sdr Zulkifli Jaafar(c)




PIC GOOGLE IMAGES(C)


Sungai Batu merupakan salah satu di antara lebih 100 tapak arkeologi yg ditemui di lembah Bujang yg dilaporkan ditemui sejak 1840 yang membuktikan lembah Bujang sebagai entrepot yg menghubungkan 3 tamadun awal manusia dari China , India dan Arab yg datang berkumpul untuk bertukar komoditi yg dihasilkan oleh mereka dan produk komoditi dari kepulauan Melayu sejak SM 300 .

Laporan penemuan tapak sungai Batu telah direkodkan sejak 1930an dan kerja ekskavasi secara intensif telah dijalankan oleh USM sejak 2004 hingga kini.

Antara penemuan utama adalah sisa structure binaan Hindu dan struktur binaan yg digunakan sebagai tempat proses peleburan besi bertarikh kurun ke 8 masehi.

Bukti arkeologi ini membuktikan bahawa Kuala sungai Batu merupakan satu-satu pengkalan yg di gunakan Oleh pelebur besi dari India untuk meleburkan bijih besi yg Banyak terdapat di sekitar Sg Batu untuk dijadikan tampang besi sebelum dibawa ke India

Wednesday, 22 November 2023

Monday, 20 November 2023

TANAH ANBIA

 ASSALAMUALAIKUM

ALHAMDULILLAH KARYA PI  SAJAK TANAH ANBIA DISIARKAN AKHBAR MEDIA PERMATA BRUNEI DARUSSALAM HARI INI 20 NOV 023....TERIMA KASIH BANYAK KESUDIAN EDITOR MEMILIHNYA.

TERIMA KASIH BANYAK TN HJ, BIDIN DAN CIKGU NOORHAMY SAHABAT ESASTERA DI BRUNEI MENYAMPAIKAN KHABAR BAHAGIA.



TANAH ANBIA


Bumi rahmah-Nya melimpah

langit menaungi makam anbia

syuhada gugur bersilih

demi masjid al-Aqsa

jiwa raga berjasa


Palestin sarat sejarah

pejuang bertumpah darah


Zionis angkuh angkara

watan warga asal ceroboh

zalim mendurja dera

catur  tipu muslihat

sisih akal sihat


Bukan lagi insan

hilang sudah ihsan

 

PARIDAH ISHAK

Desa Melor Serendah

13/11/023