Monday, 9 October 2023

MURID DAN GURU

 ASALAMUALAIKUM



MURID DAN GURU

.

Ahmad seorang pelajar baru dalam sebuah kelas pengajian ilmu tidak disenangi kawan-kawannya kerana merasa guru mereka memberi lebih perhatian kepadanya. Guru mereka menyedari kemelut itu. Dan cuba menjernihkan kekeruhan suasananya.

“Siapa di antara kamu paling banyak berzikir?” Tanya guru.

“Wahab!” guru pun memanggil Wahab. Murid yang dikenali sebagai murid yang pandai dan banyak berzikir itu menghampiri gurunya.

“Kamu bawa unta itu ke atas loteng!” guru memberi arahan.

“Tidak boleh guru. Saya tidak boleh membawa unta naik ke loteng.”

“Baiklah kalau begitu kata kamu.” Balas guru.

“Ahmad, kamu bawa naik unta itu ke atas loteng.” Guru meminta murid barunya melakukannya pula.

“Baik guru.” Balas Ahmad

Ahmad berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa unta ke atas loteng. Kawan-kawannya memperhatikan saja tingkah nya sambil berbisik sesama mereka.

“Ahmad memang tidak cerdik. Masakan boleh membawa naik unta ke atas loteng.”

Ahmad masih tetap mencuba menggunakan segenap tenaganya untuk menunaikan arahan gurunya. Namun masih tidak berjaya,

“Sudahlah Ahmad! Kembalilah ke tempatmu mengaji.”

Guru memandang semua murid-muridnya.

“Guru mengajar kamu bukan untuk kamu menjadi pandai. Tapi mematuhi adab berguru, menurut arahan, mentaatinya untuk memperolehi redanya,” Abu Nawas menjelaskan pada murid-muridnya.

     

 

5 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”