Thursday, 26 October 2023

GURU SEJARAH ISLAM

 ASSALAMUALAIKUM

 

 


GURU SEJARAH ISLAM

.

Abu Nawas berpapasan dengan guru sejarah Islam yang pulang dari mengajar di sekolah tika dia ke warung. Dia mengajak guru itu menjamu selera bersamanya di situ. Mereka mula berbual.

Guru sejarah enggan melayani pertanyaan tentang sejarah Islam. Tapi Abu Nawas  membelanja guru itu dengan makanan dan minuman. Terpaksa juga guru itu melayani pertanyaannya,

“Bagaimana penilaian Guru tentang pemerintahan khalifah Islam awal yang empat, Uthmaniah dan Abbasiyah. Apakah kekurangan dan kelebihannya?”

Guru sejarah hanya menerangkan tentang sejarah pemerintahan Abbasiyah. Abu Nawas teranguk-angguk mendengarnya. Tapi dia masih mengulangi pertanyaannya.

“ Sebab sekarang kita berada dalam pemerintahan khalifah Abbasiyah, tentulah hamba lebih tahu tentang sejarahnya. Nampaknya kamu lebih tahu tentang tarikh dan pelbagainya. Kenapa kamu bertanya hamba pula?” Guru bersuara jengkel.

“Bukan mengapa Guru, hamba cuma bimbang pengetahuan Guru yang sedikit tentang sejarah Islam membuatkan ramai murid menganggur kerana tidak lulus ujian. Ilmu sejarah itu terlalu luas. Perlukan pengetahuan yang banyak. Tidak cuma sedikit. Dan Khalifah akan mengkaji apakah pelajaran sejarah masih sesuai di ajar di sekolah atau menghentikannya.”


9 comments:

  1. walaupun kurang suka menghafal fakta2 sejarah, tapi subjek sejarah penting supaya generasi baru kenal pengorbanan mereka di masa lalu & tidak mengulangi kesilapan lampau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu tksh nohas mesti ambil tahu tentang sejarah

      Delete
  2. kalau diajar stail bercerita, ramai lulus

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh dik Kholid ya selain bercerita pelbagai kaedah boleh dilakukan utk menarik minat pelajar

      Delete
  3. subjek sejarah sebenarnya menarik dan bermanfaat. tp anak2 remaja skrg x suka belajar sejarah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh cikgu hairan juga ya mungkin pelajar anggap sejarah kisah lama n xperlu tahu

      Delete
  4. belajar sejarah ni ms sek x rs mcm penting..once dah dewasa.. baru sedar betapa pentingnya ada ilmu sejarah ni. malu woiii kalau org tanya soalan plg simple: siapa PM malaysia pertama, kta x reti jwb (ini kisah benar berlaku beberapa bln lps. ada yg x tau jwb. tp tanya psl artis korea tahu pulak!)

    ReplyDelete
  5. Sejarah zaman lampau ditulis oleh pihak yang menang, jadi tak pasti mana yang fakta dan mana yang fiksyen. Tapi kalau sekadar demi lulus ujian dalam peperiksaan, kita hafal dan percaya sajalah apa yang tertulis dalam buku teks 😅

    ReplyDelete
  6. Dulu saya pun tak suka sejarah. Bosan. Tapi saat besar, dan datang ke banyak museum yg mengajarkan sejarah, ntah kenapa semua ceritanya menarik. Akhirnya saya paham, bukan sejarahnya yg tak menarik, tapi cara guru mengajarkan yg tak bisa membuat murid semangat belajar.

    Kalo dengan cara interaktif seperti yg dilakukan banyak museum, pasti anak2 juga semangat.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”