Sunday, 27 August 2023

PENCURI KELDAI

 

 

 ASSALAMUALAIKUM


PIC GOOGLE IMAGES (C)


PENCURI KELDAI

Dua orang pemuda berkerjasama mencuri keldai kepunyaan Abu Nawas. Seorang pemuda membawa keldai dan menyembunyikannya. Seorang pemuda lagi cuba mempermainkan Abu Nawas dengan kenyataannya yang mengelirukan. Dia  meletakkan tali pengikat leher keldai ke lehernya.

“Ke manalah perginya keldaiku ini?”

“Akulah keldai Tuan!”

“Mustahil keldaiku bertukar jadi manusia!”

“Sebab Tuan seorang yang baik, Allah menjelmakan aku sebagai manusia.” Abu Nawas termenung sejenak.

“Oh begitukah! Kalau kau keldaiku, aku akan menunggangmu. Bawa aku ke rumah hakim kerana aku ada urusan di sana.”

Pemuda itu terpaksa menjadi keldai dan membawa Abu Nawa yang berada di atas belakangnya. Orang yang berada sepanjang perjalanannya memandang kehairanan.

“Kenapa kau menunggang manusia hai Abu Nawas. Kau memang tidak berperi kemanusiaan. Kenapa kau tidak menunggang keldaimu seperti selalu?”

“Inilah sebenarnya keldaiku. Dia telah bertukar menjadi manusia.” Sahabatnya itu menggelengkan kepala kebingungan.

Akhirnya tiba perjalanan  mereka di rumah hakim. Abu Nawas mengikat tali keldainya di sebatang pokok berhampiran. Pemuda yang berpura-pura menjadi keldai mengalami kecederaan di tangan dan kakinya kesakitan. Dia tidak berdaya membuka ikatan yang menjerutnya. Kawan pemuda memperhatikan kejadian itu lalu turut mengiku Abu Nawas ke rumah hakim untuk menolong kawannya itu

“Kenapa kamu menunggang pemuda itu ke sini, Abu Nawas?”

“Pemuda itu telah mencuri keldaiku. Tapi mengaku dia keldaiku. Ayuh kita lihat apa yang terjadi pada pemuda itu.”

Hakim kini mengetahui apa yang sebenarnya terjadi setelah kedua-dua pemuda tersebut memohon kemaafan kerana kesalahan yang mereka lakukan pada Abu Nawas.

7 comments:

  1. haaa... tulah.. elok elok jadi manusia.. mengaku keldai.

    ReplyDelete
  2. Berani pencuri tu menipu sambil menyebut nama Allah lagi... nasib baik dia tak bertukar jadi keldai betul² 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula kan dh mendapatnkesian dia kan tq cek

      Delete
  3. tu laaaa menipu lagiiii kan dah mendapat

    ReplyDelete
  4. nak menipu abu nawas mmgla jadi keldai kan tq anies

    ReplyDelete
  5. Pencuri keldai sanggup jadi keldai

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”