Friday, 14 July 2023

OSTEO-INTEGRASI

 ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA





OSTEO-INTEGRASI

Genre : Sastera kehidupan

Penulis

Irwan   Abu Bakar                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              

Penerbit : Gaksa Enterprise, Banten Indonesia

Nombor ISBN : 97867025906800

Bilangan mukasurat : 100

Pengulas : Paridah Ishak

 

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa naskhah ini berjudul  Osteo-Integrasi? Apakah maksudnya? Tapi penulis naskhah ini, Irwan Abu Bakar memilih judul bersangkutan istilah perubatan ini untuk kumpulan cerpen karya beliau. Penulis biasanya akan menulis sesuatu yang arif walaupun memaparkannya dalam karya kreatif berbentuk cerpen.

Naskhah ini mengemukakan 12 cerpen iaitu;

1.    Cakaran ombak

2.    Pakat

3.    Bionik

4.    Dompet

5.    Nangis

6.    Pinang

7.    +-x+

8.    Espionaj

9.    Tiru Macam Dia

10. Padam

11. Pedang Kayu

12. Syy-

Cerpen ketiga berjudul ‘Bionik’ bertepatan kisahnya dengan judul Osteo-Integrasi dengan kisahnya seorang bergelar ‘dato’ hartawan yang ingin menjadikan anaknya juara segala bidang dengan mengadaptasi implement teknologi  sains perubatan ke dalam tubuh anaknya. Akhiran cerpen ini juga sangat menarik.

Kebanyakan cerpen berunsur saintifik sesuai kearifan ilmu Penulis dalam bidang kejuruteraan perubatan tahap Phd. Setiap cerpen berbeza isu yang dikemukakan tapi tetap menekankan unsur sains perubatan, sains kejuruteraan atau sains social selari kisah citraan ilham Penulis.

Pembaca pasti tertarik dengan cerpen berjudul ‘Padam’. Apa yang mahu dipadam penulis dalam kisah ini? Sebuah cerpen menjelaskan pemikiran Penulis tentang kebijaksanaan watak pilihan mengendalikan digitalasi era kini memadam data dan kehidupan.

Penulis mengenengahkan bahawa dalam kehidupan ini ilmu sains bukanlah hanya pengetahuan ekslusif tapi sebenarnya sesuatu yang patut dikenali secara mendalam agar memperoleh manfaatnya. Prof Irwan Abu Bakar seorang penulis yang membawa pembaca menikmati sains dalam karya sastera secara santai.  

Tahniah Prof Irwan.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”