ASSALAMUALAIKUM
SYAIR
SITI AMINAH
#1
Kalam
mencoret syair digubah,
Siti
Aminah kisah persembah,
bukanlah
jua ditokok tambah,
ceriteranya
tidak berubah.
#2
Bonda
Muhammad ibnu Abdullah,
putera
tunggalnya Rasullullah,
nabi
akhir zaman yang terserlah,
tiada
lagi telah terjumlah.
#3
Bani
Zahrah nasab warisannya,
Wahab
nama ayahandanya,
ketua
pada suku kaumnya,
nabi
Ismail jalur moyangnya.
#4
Siti
Aminah gadis rupawan,
wajah
jelita ramai tertawan,
dipinang
hai keluarga bangsawan,
Abdul
Mutalib nyata hartawan.
#5
Gadis
pingitan ketua kabilah,
sembunyi
diri dari menyerlah,
bertemu
jodoh dengan Abdullah,
takdir
suratan kehendak Allah.
#6
Abdullah
dari bani Quraisy,
anakanda
Mutalib di sisi,
terikat
kasih hidup berkongsi,
berbahagia
pasangan serasi.
#7
Santunan
rukun berumah tangga,
sambil
jalankan urus niaga,
bawa
dagangan sesuai harga,
ikut
kafilah siap siaga.
#8
Ketika
nabi dalam kandungan,
Abdullah
pergi urus dagangan,
Siti
Aminah pun keseorangan,
suami
jauh dari pandangan.
#9
Kafilah
dagang hala Madinah,
hingga
ke Syam membawa amanah,
rindu
isteri Siti Aminah,
lemah
terasa jiwa meranah.
#10.
Terlalu
letih Abdullah sakit,
lemah
tubuhnya kena penyakit,,
daya
upaya tinggal sedikit,
terbaring
saja tak mampu bangkit.
#11
Abdul
Mutalib terima khabar,
bagaikan
kilat kilau menyambar,
mendengarnya
hati pun berdebar,
Siti
Aminah hanya bersabar.
#12
Harap
semoga suami pulang,
mentua
hantar utusan jelang,
tiada
sempat aral menghalang,
Abdullah
wafat nafasnya hilang.
#13
Siti
Aminah berdukacita,
kenang
suami amat tercinta,
sudah
kembali pada Pencipta,
terlalu
sedih terkedu kata.
#14
Hilang
suami nan kesayangan,
bayinya
pula dalam kandungan,
hendak
berpisah memanglah jangan,
tersisih
jauh dari rancangan.
#15
Siti
Aminah pernah bermimpi,
lahir
zuriat segala rapi,
sinaran
terang malam nan sepi,
jauh
seluruh tidak bertepi,
#16
Hai
Dua belas Rabiulawal,
di
hari Isnin minggu yang awal,
lahir
Muhammad Allah mengawal,
pada
tahun Gajah wujud ehwal.
#17
Thuwaibah
ibu susu pertama,
Saidina
Hamzah menyusu sama,
Halimatun
Saadiah khidmat lama,
padanya
nabi paling utama.
#18
Nabi bersama hai bani Saad,
bonda
tiasa teringat-ingat,
masa
berlalu setiap saat,
bersilih
hari hingga Jumaat.
#19
Pulanglah
nabi ke Mekah pula,
sudah
tertentu takwim segala,
seiring
bonda arah menghala,
makam
ayahanda kunjung bersila.
#20
Sekian
lama menanggung rindu,
Siti
Aminah cintanya padu,
pada
suami setia syahdu,
indah
teranyam bersulam baldu.
#21
Bergerak
pulang usai ziarah,
apa
berlaku hanyalah pasrah,
Siti
Aminah menuju arah,
bersama
nabi gerak segerah.
#22
Tiba
di Abwa’ bonda pun gering,
wafat
tinggalkan jasad terbaring,
makam
bertanda tanah yang kering,
Nabi
Muhammad sayu mengiring.
#23
Nabi
menjadi yatim piatu,
Siti
Aminah bondanya satu,
kasih
abadi sudahlah tentu,
syurga
menanti terbuka pintu.
Bila kita mengenang sirah Nabi Saw, pilu rasanya waktu Baginda kehilangan bonda di usia sangat muda belum puas merasa kasih sayang.. Begitu Allah swt ujian buat baginda Rasul saw
ReplyDeletetksh ana ya sedih sangat membaca sirah nabi saw betapa derita yatim piatu kehilangan ayah bonda tercinta
DeleteBersyukur kita mendapat hidayah agama peninggalan rasulallah
ReplyDelete