Tuesday, 16 May 2023

SELAMAT HARI GURU

 ASSALAMUALAIKUM



SYAIR HARI GURU

 

Syair berlagu citranya guru,

lemah gemalai angin bersiru,

tertera fakta usah keliru,

insan mulia sifat ditiru.

.

Kerjaya guru sangat mencabar,

usaha tegar ilmu disebar,

lingkungan jauh berjalur lebar,

walaupun kadang hati berdebar.

.

Bagaikan dian suluh cahaya,

guru cerahkan lorong bahaya,

mendidik murid sepenuh daya,

berdoa moga beroleh jaya.

 

Tiada jemu menabur bakti,

meski cabaran silih berganti,

cuba tangani berhati-hati,

sepantun guru sopan pekerti.

.

Guru ikuti arus semasa,

alaf baharu cakna tiasa,

demi majukan si anak bangsa,

makmur hidupnya damai selesa..

.

Bersungguh-sungguh guru mengajar,

jelaskan ilmu pada pelajar,

agar berdiri duduk sejajar,

bersiap diri sebelum fajar

.

Guru menegur apa yang salah,

niatnya ikhlas kerana Allah,

ingin leraikan akan masalah,

jauh sekali suka berbalah.

.

Guru terdidik agar mendidik,

menggenggam azam pelajar cerdik,

akalnya panjang tidaklah pendek,

santuni murid menghindar herdik.

.

Ilmu diajar dengan selamba,

bangku sekolah tempat menimba,

menggalas tugas seorang hamba

semoga murid berlumba-lumba.

.

Guru merasa amat gembira,

andai muridnya jauh ketara,

segenap segi jelas setara,

akhirat kendong dunia mara.

.

Budinya guru tak minta balas,

murni hatinya semata ikhlas,

sejernih air di dalam gelas,

rujukan murid di luar kelas.

 

Sekali guru selama guru,

bersyair sendu penuh terharu,

sanjung setinggi langit membiru,

lama berjasa kekal baharu.




5 comments:

  1. semua org boleh jd guru tp bukan semua org boleh jd guru yg sebenar benar guru

    ReplyDelete
  2. Salamat hari guru buat semua guru dan pesara guru juga

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak PI atas ucapan hari guru tersebut...

    ReplyDelete
  4. Guru yang ikhlas itu, syurga pasti menanti!

    ReplyDelete
  5. kita pun walau dah lama tak jadi guru, still ada je bekas anak2 murid wish selamat hari guru. masih lagi dipanggil cikgu .

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”