Friday, 12 May 2023

KEMBARA SEORANG PEMBURU KUMBANG

 

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA



ULASAN BUKU

KEMBARA SEORANG PEMBURU KUMBANG

Genre : Novel

Penulis : Mohd Saleh Said

Penerbit : SHE

Nombor ISBN : 978-967-2378 -  93-8 ( Sastera Kehidupan)

Bilangan mukasurat : 282

Pengulas : Paridah Ishak

 

Penulis novel ini mengolah catatan kembara seorang Professor, pesara akademis university Utama meneruskan kajiannya untuk mengemaskinikan biodiversity, menyemak Garis Wallace pembatas pengagihan fauna di beberapa bahagian negara Indonesia.

Sulaiman watak utama novel ini ditonjolkan maksima. Watak-watak lain muncul seiring dengan pengembaraannya memburu kumbang Chrysomelidae dan spesies baharu. Sebelum memulakan pengembaraannya, Sulaiman berbincang dengan isterinya Aisyah berkenaannya sisi pro dan kontra. Akhirnya pasangan itu mencapai persetujuan dan persefahaman.

Perburuan kumbang Chrysomelidae bermula di Lombok, Indonesia. Agus watak ketiga seorang pemandu hotel tempat penginapannya menjadi pembantunya. Setiap lokasi yang dijangka kedapatan pelbagai spesies kumbang akan djejaki Sulaiman bersama Agus.

Sulaiman diperas ugut pegawai perahanan Lombok kerana mengambil spesies kumbang di pinggiran hutan itu. Setelah Agus muncul keadaan menjadi ironi. Tapi Agus dan Sulaiman dibawa bertemu dengan ketua jabatan untuk mendapatkan hukuman setimpal kesalahannya.

Di sini Penulis sertakan insiden kebetulan. Subagio, ketua jabatan perhutanan Lombok ialah rakan sekuliah Sulaiman di university Bandung suatu ketika dahulu. Insiden itu menyelamatkan Sulaiman daripada dendaan dan hukuman kerana kesalahan itu.

Di Lombok Sulaiman turut meneliti budaya tempatan. Lombok berhampiran Bali di bawah pemerintahan sultan beragama hindu sebelum ditakluki sultan beragama Islam.

Sebaik tiba di KLIA specimen yang dibawa ditahan pihak kastam kerana membawa specimen dari luar negara tanpa izin. Apakah tindakan Sulaiman?

Agus mengikuti Sulaiman untuk meneruskan penyelidikan kumbang di Sumbawa. Watak keempat Deddy menjadi teman Agus sebagai pemandu gantian.

Antara sedar dengan tidak Sulaiman dibawa bertemu sultan Sumbawa yang alim bertanyakannya kenapa Wallace tidak singgah di Sumbawa dalam kajiannya menentukan pemisahan fauna. Sultan mengagak Alfred Russel Wallace tentu menggangap Sumbawa telah musnah kerana letusan gunung berapi Tambora. Baginda mengatakan kejadian letusan gunung berapi Tambora tercatat dalam Syair Kerajaan Bima. Syair itu disimpan seseorang bernama Lukman.

Sulaiman menyedari mungkin dia sekadar berilusi dan meneruskan perjalanannya ke Bima. Tapi kebetulan menemukannya dengan watak Lukman di sebuah taman di Bima. Lukman menerangkangkan Henrie, seorang seorang sarjana Peranchis menemukan banyak manuskrip Melayu adalah bukti bahasa Melayu ialah bahasa persuratan nusantara.

Perburuan kumbang Chrysomelidae diteruskan ke Timor. Penbantunya seorang berkulit hitam yang tidak segan silu menceritakan pernah membunuh kawannya secara tidak sengaja. Bagaimana agaknya perasaan Sulaiman?

Apakah Sulaiman berjaya menemukan spesies baru kumbang Chrysomelidae  sepanjang pengembaraannya meliputi, Sulawesi, Sunda Kecil, Timor, Makasar, Ternate, Buru, Acheh, Pulau Nias, Menado, Kendari dan Manokari?        

Banyak lagi pengalaman menarik, mengujakan, menakutkan Sulaiman hanya boleh diketahui dengan membaca novel Kembara Seorang Pemburu Kumbang.

Sedikit biodata novelis ini, lahir pada 1947 bersekolah di sekolah Alam Shah. Meneruskan pendidikan sarjana di Institute Teknologi Bandung dan Illionis Urbana Amerika Syarikat. Pernah menjadi Proffessor pensyarah di UKM.   

3 comments:

  1. Menarik jalan ceritanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh amie ya novel menarik seorang Prof

      Delete
  2. wahhh best nyaaa jalan ceritanya👍👍👍 terbaik!! kalau mng anugerah ni mmg cun

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”