ASSALAMUALAIKUM
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
ULASAN BUKU
GRAFTITI HATI
Genre : Sastera Puisi
Penulis : Ir.Wan Abu Bakar Penerbit : EsMe – Esastera Management Enterpirise
Nombor ISBN : 978-602-71008
- 9-3
Bilangan mukasurat : 87
Pengulas : Paridah Ishak
GRAFTITI HATI merupakan
sejumlah 60 puisi sajak karya Prof Irwan Abu Bakar diterbitkan di Indonesia
pada 2016. Kata pengantar buku dengan cover berwarna suram tapi menarik
citranya ditulis oleh Gerson Poyk
sasterawan kesohor Indonesia dan penerima hadiah Sea Write Award 2000 iaitu Dr
Lim Swee Tin juga sasterawan terbilang Malaysia,
Puisi sajak luahan hati
secara bebas bagaikan lukisan graftiti membentuk garis tidak sekata mengukir
bicara penulisnya. Menelusurinya mengingatkan pembaca berkenaan sesuatu isu
semasa yang mencatat sejarah. Lagipun tertera tarikh nukilan karya tersebut. Hanya
dengan membaca sebuah sajak pendek karya Penulis ini pasti kita
terbayang-bayang insiden tersebut.
Pilihan diksi sangat
menepati maksud yang hendak disampaikan Penulis dengan menghimpun sejumlah
perkataan yang minima menggubah frasa pengalaman dan pengamatan Penulis
berhadapan sesuatu peristiwa begitu seni dan teliti.
Antara tajuk sajak pilihan
Penulis;
15. Kalau Aku Dapat Itu 6.5 Billion
29. Doa Buat Gaza 2014
30. Sebuah Pesawat Di
Tembak Jatuh
35. Empat Tan Manggis
54. Mari Kita Turun Berpuisi
di Jalan jalan Raya
60. Aku Mahu Berhenti
Menulis Puisi
Membaca puisi sajak juga
boleh menenangkan lantaran sajak pilihan sarjana bidang kejuruteraan ini berupa
sajen atau sajak jenaka. Tapi tetap terselit kritikan pedas tersirat
disebaliknya.
wahhh judul no 15 tu😀
ReplyDeleteheh heh tq anies sajak Prof ni selam n lucu juga
ReplyDelete