Tuesday, 23 May 2023

CUTI SEKOLAH

 ASSALAMUALAIKUM



CUTI SEKOLAH
.
Kini Mia dan Abqori di rumah menemaniku. Abangnya Aqil dan Arif tinggal di asrama sekolah masing-masing. Aqil dalam tingkatan empat di sekolah berasrama penuh Al Mahshor di hulu Selangor. Sementara Arif pula menyambung persekolahan ke tingkatan satu di sekolah berasrama penuh di Bentong.
Admia baru dalam tahun satu dan Abqori dalam tahun empat. Kedua-duanya belajar di sekolah kebangsaan Intan Baiduri, tempat mama mereka bekerja. Mama mereka sebagai guru di sekolah itu.
Suasana di rumah agak sunyi dan lengang. Sesekali kedengaran suara Mia mersik memarahi abangnya Abqori. Setiap pagi Mia mengejutkan abangnya bangun tidur. Abqori memang agak liat meninggalkan tempat tidurnya.
Selalunya tiada isu lagi yang hendak mereka tengkarkan kerana masing-masing perlukan kawan untuk saling berbual. Kalau asyik nak bergaduh saja tentu masing-masing akan sunyi tiada siapa hendak bercerita.
Tidak lama lagi cuti semester sekolah akan bermula. Aqil dan Arif akan pulang bercuti di rumah. Pasti rumah keluargaku di Desa Melor, Serendah akan kembali riuh rendah dengan kegiatan lasak cucu-cucuku itu pelbagai kerenah.
.
cuti sekolah –
himpunan keluarga
riuh kerenah

7 comments:

  1. Bila ramai2 tu baru meriah suasana. Nikmatinya sementara masih ada ya cikgu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh Faizal ya berkumpul ramai2 mmg meriah

      Delete
  2. saat yang ditunggu tunggu... kemeriahan seisi rumah dgn suara anak cucu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh anies ya sesekali berkumpul gamat bercerita

      Delete
  3. seronok bila berkumpul reramai. rumah sy dah tak de suasana macam tu since abah meninggal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh yan ya kehilangan yg tersayang terasa sepi suasananya

      Delete
  4. suara riuh tu la yang dirindukan neneknya ya

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”