Sunday, 7 May 2023

BERTANYA

 ASSALAMUALAIKUM



BERTANYA
.
Jikalau masih bertanya-tanya,
tentulah tahu sedikit hanya.
.
Jikalau segan mahu bertanya,
tersesat pula arah halanya.
.
Jikalau asyik mengulang tanya,
tanda pastikan maksud jawabnya.
.
Jikalau jawab seolah ragu,
belumlah layak sebagai cikgu.
.
Jikalau tanya perkara sulit,
jawapan susun tidak berbelit.
.
Jikalau hendak mesti bertanya,
supaya jelas akan empunya.
.
Jikalau minat menuntut ilmu,
tanya murabbi tentu bertemu.
.
Jikalau musykil, soal berhadapan,
pertanyaannya ada jawapan.
All reaction

6 comments:

  1. Bertanya tidak salah, tidak bertanya tidak salah sebab tidak semua ada jawapannya. Untuk maju kehadapan saya akan amalkan bertanya. Kerana dari bertanya itulah akan wujudnya usaha. :)

    Jemput Singgah :Harga dan Spesifikasi Proton X90

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh Mohd Adib untuk mengetahui bertanya dulu

      Delete
  2. Kadang nak bertanya, takut dimarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh syaz nk bertanya kena tengok situasi juga kan

      Delete
  3. dengan bertanya, InshaaAllah, akan fahami sesuatu perkara..

    ReplyDelete
  4. malu bertanya sesat jalan...

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”