Monday, 17 April 2023

PUJANGGA PANTUN

 ASSALAMUALIKUM

PUJANGGA PANTUN

ULASAN BUKU
Judul: PUJANGGA PANTUN
Genre : Puisi tradisi
Penulis : Abdullah Abd Rahman
Penerbit : SPTA
ISBN 9789-672-2994-30-5
Bilangan mukasurat : 118
Pengulas : Paridah Ishak
Pantun (Melayu), Haiku, (Jepun), Soneta, (Inggeris) adalah antara tiga genre puisi tradisional yang masih bertahan sehingga kini – Prof Dr. Muhammad Hj. Salleh Sasterawan Negara 1991 @ Romance and Laugher of the Archipelago. Petikan lampiran x PUJANGGA PANTUN.
Pantun adalah puisi Melayu asli yang cukup mengakar dan membudaya dalam masyarakat.
PUJANGGA PANTUN, terbitan SPTA kartegori puisi tradisi genre pantun karya sasterawan Abdullah Abd Rahman atau lebih dikenali sebagai Sifu Tabir Alam @grup sastera maya Akademi SPTA .
Merupakan khazanah sastera puisi menghimpunkan sejumlah pantun dengan 118 tajuk, bertema berbeza. Setiap tajuk Penulis menyiarkan empat pantun. Setiap rangkap pantun, Penulis menetapkan disiplin kadensa lunak 10 suku kata berima sempurna pada sampiran membayangi maksud. Susun diksi pantun terbina kelihatan sempurna.
Membina pantun selari sampiran rima sempurna selaras maksud memang agak sukar menemukan diksi bersesuaian untuk menyusunnya. Tapi Penulis mampu melakukannya.
Kebiasaannya pantun Melayu boleh dicipta menggunakan diksi dengan jumlah suku kata tidak seragam antara lapan sehingga 12 dengan rima tengah dan akhir a,b, a, b. Namun pantun Melayu klasik ada yang menciptanya dengan rima sempurna 10 suku kata.
Serangkap pantun petikan di bawah tajuk “Bulan”
Jalan bertudung cilik menawan,
disapa angguk masa lebaran;
bulan selindung di balik awan,
kenapa pungguk mangsa sindiran?
Penulis mematuhi tatabahasa Melayu iaitu mesti huruf besar pada awal diksi saja. Tidak selepas koma dan koma bertindih.
“Pantun bukan serangkap pantun jika stanza puisi itu tiada wajah sampiran yang menepati kehendak pemantun menyampaikan wajah maksudnya dengan senada ungkapan.”
- Sifu Tabir Alam
Tahniah Sifu selalu berusaha menghasilkan karya sastera memanfatkan khalayak peminat sastera puisi pantun.
Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan isinya yang cantik segera pm sifu Tabir Alam@FACEBOOK
Pic Sifu TA(c)
Tiada huraian foto disediakan.

All reactions

4 comments:

  1. bukan mudah menghasilkan pantun mengikut displinnya tersendiri...terbaik Tabir Alam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh nohas ya susah nk ikut cara sifu ni

      Delete
  2. nak buat pantun mudah tapi nak hasilkan yg betul2 ikut 'acuannya' mmg payah we

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”