Tuesday, 21 March 2023

ADIWIRA NEGARA

 

ASSALAMUALAIKUM

 


 Alhamdulillah PI terima kiriman naskhah puisi kiriman seorang . Penulis  tanah air yang amat kakpidah kagumi karya puisinya nan sarat satira bersahaja. Terimakasih banyak sudi selalu hadiahkan PI terbitan karya terbaru.

Naskhah ADIWIRA NEGARA 69 muka surat hasil karya penulis mapan prolifik, sasterawan Ladin Nuawi ini menghimpun 46 puisi tradisi Melayu dan genre puisi moden pelbagai tema bersesuaian. Tema pilihan penulis naskhah ini seperti keagamaan, patriotism, pendidikan dan kasih sayang dinukilkan dengan sempurna menurut kehendak disiplin puisi tradisi yang tidak mengikat jumlah suku kata hanya sepuluh namun rima hujungnya sama Teguh, Muafakat dan Pukon sebagai tajuk utama yang menyenaraikan puisi berkenaan..’Pukon’ apa maksudnya ya? Hendak mengetahuinya perlulah membaca naskhah comel ini.

Penulis mengolah diksi frasa aksara sangat berhati-hati pilihannya agar hasilnya karya ternyata indah dibaca disamping menyerap pelbagai unsur positif menyegarkan jiwa raga, menuatkan semangat kecintaan pada negara.

Sekadar sedikit petikan beberapa rangkap puisi  yang terdapat di halaman 27naskhah ini;

MAHKOTA BUANA

 

Mahkota Buana mahkota Melayu

amanah Allah rukun bersatu

 

Mahkota Buana Tanah Melayu

bangsa Melayu bahasa Melayu

 

Mahkota Buana mahkota daulat

raja dan rakyat hidup muafakat

 

Raja berdaulat rakyat selamat

hidup berkat penuh rahmat

Bersambung….

Tahniah sasterawan Ladin Nuawi semoga sentiasa aktif dan sukses menerbitkan karya sastera terbaru untuk tatapan khalayak.

Sekiranya ingin mendapatkan buku ini dll karya yang diterbitkan sila hubungi beliau @facebook

 

.

 

 

7 comments:

  1. anak-anak sekarang ramai yang cuma mengenali adiwira barat je kan kak PI. Selamat berpuasa buat kak Paridah sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh ana ya mengagungkan adiwira ciptaan luar kan

      Delete
  2. Tahniah PI
    Selamat membaca karya hebat

    ReplyDelete
  3. Adiwira Negara menarik untuk dibaca

    ReplyDelete
  4. bukan calang calang orangnya👍

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”