Wednesday, 7 December 2022

Satu dijentik sepuluh rebah

 ASSALAMUALAIKUM



PERIBAHASA

 

Bukan dedalu reba di salir,

rambutan mayang dia persia;

ikan di hulu tuba di hilir,

hai perbuatan yang sia-sia.

 

Akan  berada di gertak tular,

hendak ke sini besi di angkut;

takkan ada katak beranakkan ular,

tidak berani mengatasi takut.

 

Menyidai tilam gulir di pangkal,

lelah bersidai lewa sendiri;

pandai menyelam di air dangkal,

biarlah pandai membawa diri.

 

Berlalu detik mengeluh ubah,

hanyut semasa alpa mahunya;

satu dijentik sepuluh rebah,

turut merasa apa maksudnya.


6 comments:

  1. Semua rasa apa yang dirasainya

    ReplyDelete
  2. Satu dijentik sepuluh rebah
    Sepuluh dijentik 100 rebah
    Apa ek

    ReplyDelete
  3. Dalam maksud yang tersirat. Indah sungguh pantunnya

    ReplyDelete
  4. sama macam cubit paha kanan paha kiri terasa jg?

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”