Saturday, 15 October 2022

PENGUNDI HANTU

 ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU



PENGUNDI HANTU
.
Pengundi itu datangnya awal
tempat mengundi polis mengawal
ikut giliran
seperti saran
semak dahulu namanya Syawal
.
Lalu membelek senarai nama
nama isteri ada bersama
sungguh terkejut
bagai dirajut
merenung bingung termenung lama
.
Pada pegawai dia bertanya
sudahkah datang hai isterinya?
membuang undi
jawabnya tadi
terlopong dia memikirkannya
.
Isterinya dah lama tiada
rindu sekali teman bersenda
kerana lambat
hilang kelibat
sesalnya pula berganda-ganda


8 comments:

  1. Macam-macam cerita di musim pilihanraya ye Kak PI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh heh yala amie boleh dijadikan bahan berkarya..tq

      Delete
  2. harap harap tak wujudlah pengundi hantu di zaman serba moden ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya-Allah yan kena semak daftar pengundi tu

      Delete
  3. nmpknye wak kene undi kat indonn la kali ni., huhuhu

    ReplyDelete
  4. Terhibur cheq membaca coretan KakPI 😆👍🏻
    Semoga PRU kali ni tak ada pengundi hantu 😬

    ReplyDelete
  5. sy penah jumpa pengundi hantu. dia ckp dia mengundi kat situ. tapi dari loghatnya bukan org tempatan. bunyi mcm dari sabah/ indo

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”