Monday, 10 October 2022

HUJAN OH HUJAN

 ASSALAMUALAIKUM



HUJAN OH HUJAN
.
Engkau kan turun darilah langit
orang politik polemik sengit
.
Diskusi hampir setiap minggu
kata pemutus tertunggu-tunggu
.
Menganggap mudah dengan alasan
hujan yang turun tak beri kesan
.
Bubar parlimen pilihanraya
rakyat mengundi bermimpi jaya
.
Tetapi rakyat semakin jemu
memangkah calon bijak berilmu
.
Mujurlah hujan turun bermusim
menyapu bersih pesona isim
.
Kerana hujan tangguh rencana
rezeki Allah tidak ke mana
.
Biarlah lambat asal selamat
esok kan ada belum kiamat

PARIDAH ISHAK
DMS
10/10/022

5 comments:

  1. Bubar sudah parlimen, terjawab segala persoalan

    ReplyDelete
  2. Hari ni sepanjang hari hujan. Seronok tidur.. hihi

    ReplyDelete
  3. menteri zaman sekarang otak nya mungkin dah makin kurang, fikirannya cuma untuk menang tanpa pikirkan susah senang rakyatnya

    ReplyDelete
  4. Semoga hujan yang turun membawa rahmat kepada kita

    ReplyDelete
  5. teringat lagu: hujan yang turun bagaikan mutiaraaaa

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”