Friday, 23 September 2022

PELAYARAN

 ASSALAMUALAIKUM



SALAM JUMAAT MULIA


PELAYARAN
Buyung dikilik menjengah hutan,
meranah rotan menunggal pauh,
angin melaju galau andaian,
usung beringin ditarah kasar,
patah angsana abung terlambak,
bersilang alan mentalon tumbang;
berdayung kolek tengah lautan
tanah daratan tertinggal jauh
ingin menuju pulau impian
disongsong angin arah tersasar
entah kemana dilambung ombak
hilang ditelan alun gelombang

2 comments:

  1. ini pantun 12 kerat ke Kak PI? indah bahasanya...ombak besar mmg bahaya utk perahu2 kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya pantun talibun 12 kerat...tksh nohas ya nak belayar di lautan kena naik kapal besar heh heh

      Delete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”