Tuesday, 7 June 2022

PUJANGGA HAIKU

 ASSALAMUALAIKUM


 

 


PUJANGGA HAIKU

 

Teringin jadi pujangga haiku

bermula langkah menyelak buku

rujuk merata

melilau mata

berpinar-pinar pening terkaku

.

Masih tak serik mahu belajar

Mengaku diri masih pelajar

ingatan tumpul

asa dikumpul

asyik terlupa apa diajar

.

Pertama kigo mestilah ada

puisi haiku perlukan tanda

mana nak letak

sesuai petak

kireji hilang emoji canda

.

Belayar sudah ke laut biru

sebab terlupa pesanan guru

yoin terakhir

puas nak fikir

siap serangkap nangis terharu


No comments:

Post a Comment

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”