Tuesday, 14 June 2022

CUTI TERKEJUT

 ASSALAMUALAIKUM

Rabu minggu lepas PI ngekor anak n cucu-cucu ke Kuantan. Kebetulan anak ada urusan kerja dengan jabatan laut/maritim di situ. Mungkin berkenaan projek PAKATAN ARKITEK yang ditangani anak dan rakan setugasnya. PI bukan tahu apa pun. Sampai di Kuantan, pusing-pusing dulu ke Tanjung Lumpur sebelum check in hotel OYO. Keesokannya selesai anak bermesyuarat di jabatan laut terus bersiap check out.
Sudah berada di Kuantan ronda dulu pantai berhampiran Tanjung Lumpur, Peramu, Sg. Karang. PI mengajak anak menghala ke Kemaman melalui jalan pantai melintasi pantai Batu Hitam, Batu Sembilan hingga pantai Chendor. Dulu-dulu kakpidah sekolah SMART Kuantan selalu juga ikut kawan-kawan jalan-jalan area sini. Tapi tak pernah sampai pantai Chendor. Sempadan Pahang dan Terengganu di sinilah.
Sangat indah suasana pantainya. Teruja hendak berlama di sini terpaksalah bermalam. Puas pula anak-anak google penginapan. PI teringatkan along NURIMAS juga tinggal area sini. Cuba nasib wasap minta tolong carikan homestay. Sekali along fon, mujur anak jawab dan beritahu homestay berdekatan sini sudah ditempah. Terharu sungguh keprihatinan along. Alhamdulillah. Odelia Studio homestay amat selesa untuk lena semalaman. Luas sekali ruang tidur, dapur n bilik air. Mesra OKU memudahkan PI menolak kerusi roda sana sini.
Along fon lagi buat kejutan nak bertemu dengan PI. Alahai along! Kakpidah ni tak siap apa-apa pun cenderahati nak bertemu along kerana semata-mata mengekor anak cucu bercuti. Ralat sungguh rasa hati. Tapi Allah mengatur takdir-Nya. Subhanallah. Along bersama isteri Puan Noraini Idris bawakan kakpidah pelbagai makanan yang sedap semuanya.
Dan hadiahkan PI tiga buku karya sasterawan ini terbitan terbaru. Terima kasih banyak along n ani sudi susah-payah datang bertemu dengan PI n anakcucu. PI doakan ani n along berbahagia selalu, tiasa sihat sejahtera, murah rezeki dalam lindungan Allah, sukses dunia akhirat.
Nama Noraini Idris buat kakpidah tertanya-tanya sebab sama dengan nama seorang kawan semasa sekolah SMY dulu. Rupanya junior PI ini isteri along n juga orang Yan. Walaupun junior rasanya mesti sempat belajar dengan cikgu Fazidah, cikgu Hanisah n cikgu Robiatul kan Ani. Ralit bersembang pasal kampong dengan Ani teringat pula nak balik kampong.
Dalam perjalanan pulang singgah lagi di pantai Chendor. Kemudian berhenti lagi di pantai Mak Nik makan tengah hari n melayan cucu2 menaiki motor MPV berpusing-pusing laluan jalan pantai. Lama juga di situ. Roda kereta bergulir lagi memasuki lorong pantai Cherating dan kampong tradisi sekitarnya. Hari semakin petang.
Anak berkira-kira hendak menginap semalam lagi di Kuantan. Sibuklah menggoogle lagi. Musim cuti sekolah kebanyakan hotel telah habis disewa. Akhirnya dapatlah TCCITY COUTYARD di pantai Telok Chempedak. TC yang teramat sibuk dengan pengunjungnya. Suasananya jauh beza tika di sini hanya ada pantai dan tidak ada hotel-hotel tinggi yang menguasai keseluruhan pantai…tiada lagi dibenarkan sesiapa bermain-main di pasiran pantai melihat ombak.
Masih awal pagi anak memandu kereta menyusuri pantai Tanjung Api dan meluncur ke jalan lama melintasi Gambang hingga Maran menghala Temerloh n memasuki jalan Chenor. Kakpidah ajak anak-anak singgah sebentar di tebing sungai Pahang melihat rumah rakit yang diusahakan cikgu Khair n cikgu Mi. indah sekali suasana perkampungannya. Sebentar saja di sini terus beransur pulang ke Serendah.
Sampai di rumah bermulalah kerja penulisan..nak review buku Along, buku cikgu Yati, buku bunda Anie Din, buku Sifu TA, buku SPTA ..






















4 comments:

  1. Kadang cuti terkejut tanpa di rancang ni lagi best hasilnya kak PI. Seronok baca cerita jalan-jalan akak, cantik tengok pantai dana pun tak sabar nak balik kampung mil di kerteh tapi suami asik sibuk kerja je.

    ReplyDelete
  2. seronok percutian di Pahang..dah sampai Tg Lumpur, paling best makan seafood...Pantai Batu Hitam pernah sampai, Pantai Chendor tak pernah lg...wahh, seronok dpt jumpa junior...

    ReplyDelete
  3. Seronok Kak PI dapat bercuti. Have fun akak

    ReplyDelete
  4. seronok nampak kak PI spend time bersama anak cucu. Alhamdulillah masing-masing semangat membahagiakan ibu mereka. Itu rezeki juga

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”