Wednesday, 25 May 2022

KEJUTAN BUNDA ANIE DIN

 

ASSALAMUALAIKUM

 










Penerbit buku/penyelengara  merangkap sasterawanis Negara Singapura  penulis mapan terkenal membawa kejutan bahagia tidak terduga. Tiba-tiba saja beliau muncul di muka kamar tika PI baru usai tunaikan solat maghrib.  Masya-Allah  terkejut sungguh. Bunda Anie Din hadir menghantar sendiri buku  tulisan  beliau berjudul SAYANG DI SAYANG yang PI pesan lama dulu. Buku itu telah dikirim tapi tidak ada penerimanya. Lalu buku itu dikembalikan semula kepada pengirimnya. Bunda Anie memberitahuku ingin menemuiku. PI mempersilakkannya ke rumah. Ingatkan pertemuan itu tidak berlaku dalam sekejapan waktu. Lagipun Bunda baru saja pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Dan beliau tidak langsung bertanya lokasi kediamanku. Hebat sungguh Bunda Anie Din ini. Sekelip mata sudah berada di sisiku dengan  membawa naskhah karyanya yang agak banyak dan dihadiahkan kepadaku.  Aku yang ralat kesedihan kerana tiada persediaan menyambutnya sebagai tetamu istimewa. Tika itu anak dan menantu membawa anak sulung ke klinik kerana anaknya demam terkejut. Cucuku itu sertai kejohanan ragbi antara sekolah SBP di Selangor dan KL. Alhamdulillah menang. Mungkin sebab tersentak urat tubuh kerana permainan yang lasak, demam pula sudahnya.

PI walau tidak demam tapi tiada daya nak santuni tamuku Bunda Anie. Sesal tak terucap. Bukan mudah hendak bertemu idola ramai penulis kerana kegigihan beliau berkarya dan melayarkannya ke luar negara. Beliau antara penulis Asean yang dikenali namun amat merendah diri.

Terima kasih banya Bunda Anie sudi hadir ziarahiku yang bukan sesiapa ini. Budi baik Bunda Anie  moga Allah membalasnya dengan ganjaran terbaik. Didoakan Bunda Anie sihat walafiat tiasa, berbahagia, murah rezeki, dipermudahkan semua urusan kehidupan, sukses dunia akhirat…amiin YRBA   

7 comments:

  1. Alhamdulillah syukur. Rezeki tu tetamu datang berkunjung.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, dapat bertemu & dapat buku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin tksh nohas ya kak ni kejanya baca buku ja

      Delete
  3. wah! sasterawanis luar negara pun dtg melawat akak PI. Mesti PI dikenali senusantara ni. Hebat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. heh heh gelak besaq kak xdalah cikgu penulis kecil ja tksh cikgu AK

      Delete
  4. Alhamdulillah
    Sama-sama saterawan hebat

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”