Tuesday, 17 May 2022

GURU

 ASSALAMUALAIKUM


SYAIR HARI GURU

 

Syair berlagu citranya guru,

lemah gemalai angin bersiru,

tertera fakta usah keliru,

insan mulia sifat ditiru.

.

Kerjaya guru sangat mencabar,

usaha tegar ilmu disebar,

lingkungan jauh berjalur lebar,

walaupun kadang hati berdebar.

.

Bagaikan dian suluh cahaya,

guru cerahkan lorong bahaya,

mendidik murid sepenuh daya,

berdoa moga beroleh jaya.

 

Tiada jemu menabur bakti,

meski cabaran silih berganti,

cuba tangani berhati-hati,

sepantun guru sopan pekerti.

.

Guru ikuti arus semasa,

alaf baharu cakna tiasa,

demi majukan si anak bangsa,

makmur hidupnya damai selesa..


Bersungguh-sungguh guru mengajar,

jelaskan ilmu pada pelajar,

agar berdiri duduk sejajar,

bersiap diri sebelum fajar

 

Guru menegur apa yang salah,

niatnya ikhlas kerana Allah,

ingin leraikan akan masalah,

jauh sekali suka berbalah.

 

Guru terdidik agar mendidik,

menggenggam azam pelajar cerdik,

akalnya panjang tidaklah pendek,

santuni murid menghindar herdik.

.

Ilmu diajar dengan selamba,

bangku sekolah tempat menimba,

menggalas tugas seorang hamba

semoga murid berlumba-lumba.

 

Guru merasa amat gembira,

andai muridnya jauh ketara,

segenap segi jelas setara,

akhirat kendong dunia mara.

 

Budinya guru tak minta balas,

murni hatinya semata ikhlas,

sejernih air di dalam gelas,

rujukan murid di luar kelas.

 

Sekali guru selama guru,

bersyair sendu penuh terharu,

sanjung setinggi langit membiru,

lama berjasa kekal baharu.


PARIDAH ISHAK

DMS

16/5/022


Cikgu Mayasari n Damia


4 comments:

  1. selamat hari guru buat semua pendidik tak kiralah di zaman mana. setiap era ada cabaran tersendiri

    ReplyDelete
  2. guru sangat berjasa membangun anak bangsa..

    ReplyDelete
  3. terima kasih kak dah atas ucapan yg diberikan tu...

    ReplyDelete
  4. Cheq pernah jadi cikgu tuition sat dulu, kira aci jugak dak hihi 🤭😆

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”