Tuesday, 31 May 2022

MOMEN AKHIR SYAWAL

 

ASSALAMUALAIKUM

Sekadar rakaman pertemuan bahagia penghujung syawal ...Alhamdulillah takdir-nya

Terima kasih banyak sahabat cikgu Milah Pawancik...novelis mapan Kholid mohamad/isteri/anak...penulis aktif cikgu Hayati Daud...cikgu2sekolah Intan Baiduri Selayang... sudi hadir beraya n ziarah PI...semoga ada rezeki akan bersua lagi insya-Allah.








Monday, 30 May 2022

AYAM OH AYAM

 ASSALAMUALAIKUM


AYAM OH

PIC GOOGLE IMAGES (C)

AYAM!
.
Ayam berkokok menjelang pagi
masih tak bangun hari meninggi
.
Berketuk ayam riuh sekampung
telur sebiji mula mengepung
.
Cuba menyentuh ayam mengeram
terkena patuk hati pun geram
.
Hai anak ayam mengikut induk
kala usik diserbu terduduk
.
Ayam di pasar tergantung-gantung
pembeli rugi penjual untung
.
Pasaran ayam kartel mengawal
terlupa tindak terlebih awal
.
Hilanglah ayam dari pasaran
tertanya-tanya nan panasaran
.
Memburu pula ayam di hutan
bunian tegur demam tak bentan


PARIDAH ISHAK
DMS
30/5/022

Wednesday, 25 May 2022

KEJUTAN BUNDA ANIE DIN

 

ASSALAMUALAIKUM

 










Penerbit buku/penyelengara  merangkap sasterawanis Negara Singapura  penulis mapan terkenal membawa kejutan bahagia tidak terduga. Tiba-tiba saja beliau muncul di muka kamar tika PI baru usai tunaikan solat maghrib.  Masya-Allah  terkejut sungguh. Bunda Anie Din hadir menghantar sendiri buku  tulisan  beliau berjudul SAYANG DI SAYANG yang PI pesan lama dulu. Buku itu telah dikirim tapi tidak ada penerimanya. Lalu buku itu dikembalikan semula kepada pengirimnya. Bunda Anie memberitahuku ingin menemuiku. PI mempersilakkannya ke rumah. Ingatkan pertemuan itu tidak berlaku dalam sekejapan waktu. Lagipun Bunda baru saja pulang dari menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Dan beliau tidak langsung bertanya lokasi kediamanku. Hebat sungguh Bunda Anie Din ini. Sekelip mata sudah berada di sisiku dengan  membawa naskhah karyanya yang agak banyak dan dihadiahkan kepadaku.  Aku yang ralat kesedihan kerana tiada persediaan menyambutnya sebagai tetamu istimewa. Tika itu anak dan menantu membawa anak sulung ke klinik kerana anaknya demam terkejut. Cucuku itu sertai kejohanan ragbi antara sekolah SBP di Selangor dan KL. Alhamdulillah menang. Mungkin sebab tersentak urat tubuh kerana permainan yang lasak, demam pula sudahnya.

PI walau tidak demam tapi tiada daya nak santuni tamuku Bunda Anie. Sesal tak terucap. Bukan mudah hendak bertemu idola ramai penulis kerana kegigihan beliau berkarya dan melayarkannya ke luar negara. Beliau antara penulis Asean yang dikenali namun amat merendah diri.

Terima kasih banya Bunda Anie sudi hadir ziarahiku yang bukan sesiapa ini. Budi baik Bunda Anie  moga Allah membalasnya dengan ganjaran terbaik. Didoakan Bunda Anie sihat walafiat tiasa, berbahagia, murah rezeki, dipermudahkan semua urusan kehidupan, sukses dunia akhirat…amiin YRBA   

Tuesday, 24 May 2022

SANTAI DI RUMAH RAKIT KG BATU TAMPOI CHENOR

 ASSALAMUALAIKUM


JOM BERCUTI DI RUMAH RAKIT DI KAMPUNG BATU TAMPOI CHENOR TEMERLOH PAHANG ...SAMBIL RELEKS DAPAT MENIKMATI PEMANDANGAN INDAH SUNGAI PAHANG....KALAU RAJIN BOLEH MEMANCING IKAN...HASILNYA MASAK SENDIRI ...SEDAP JUGA DIGORENG R MASAK GULAI TEMPOYAK DAN NIKMATINYA BERSAMA NASI PANAS...WOW MEMANG MENYELERAKAN SUNGGUH...TAK SEDAR SUDAH HABIS NASI SEPERIUK....PADA PI IKAN DI SUNGAI PAHANG AMAT LAZAT RASANYA..MUDAH DIMASAK KERANA TIDAK HANYIR SEPERTI IKAN DARAT DI SETENGAH-SETENGAH TEMPAT.









🏠RUMAH RAKIT CIKGU MIE @ CIKGU 🏡 😊 KEPADA ANDA YANG SEDANG MENCARI-CARI TEMPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA @ RAKAN-RAKAN 🍂 Jom ramai-ramai berkunjung ke rumah rakit CIKGU MIE @ CIKGU untuk pengisian masa terluang anda 😍 KAMI MENYEDIAKAN PELBAGAI KEMUDAHAN DI RUMAH RAKIT CIKGU ANTARANYA 🔥 ✏️ AKTIVITI MEMANCING DI SEKITAR RUMAH RAKIT ✏️TURUT DILENGKAPI : ✅AIR PAIP BERSIH ✅ELEKTRIK ✅TANDAS ✅DAPUR GAS ✅JUGA PERALATAN MEMASAK SEPERTI PERIUK, KUALI, CEREK , RICE COOKER, PETI AIS. ✅PINGGAN MANGKUK DAN LAIN-LAIN YANG SESUAI ✏️DI SAMPING ITU TURUT TERSEDIA : ✅MEJA MAKAN ✅KATIL QUEEN ✅TILAM SINGLE / TOTO EXTRA ✅KIPAS 2 BIJI ✅BANTAL EXTRA ✅KERUSI 🍲 MAKANAN DAN MINUMAN JUGA BOLEH DI ORDER MELALUI TEMPAHAN 🏖️ BAGI ANDA JUGA YANG INGIN BERSANTAI-SANTAI SAMBIL MENIKMATI KEINDAHAN ALAM , KAMI TURUT MENYEDIAKAN : 🍃 SEWA BOT 🍃 📍Bot siap minyak rm100 📍Bot kosong rm30 Promosi❗PROMOSI❗PROMOSI❗ 🔴 KAMI SEDANG MEMBUAT PROMOSI UNTUK HARGA TEMPAHAN BAGI SETIAP RUMAH RAKIT BARU (RB) & RUMAH RAKIT LAMA ( RL) : WEEKDAY* 🏛️ RB 1 - 2 BILIK RM200 🏛️ RB 2 - 2 BILIK RM200 🏛️ RL 1 - 2 BILIK RM150 🏛️ RL 2 - 1 BILIK RM150 WEEKEND (C.IN SABTU C..OUT AHAD) 🏛️ RB 1 - 2 BILIK RM250 🏛️ RB 2 - 2 BILIK RM250 🏛️ RL 1 - 2 BILIK RM150 🏛️ RL 2 - 1 BILIK RM150 ⛔ Check in 3 ptg Check out 12 ptg ⛔Jika tiada tetamu kami akan memberi kelonggaran untuk check in awal @ check out lewat. 📲 untuk tempahan www.wasap.my/60105784486 📲(Mie) www.wasap.my/60139105235 📲(Anum) www.wasap.my/60133440568 📲(Khair) Confirm booking Detail diperlukan Nama : Tarikh : No. Tel : Jenis Rumah : Bank In ke : B. Islam 06028024689868 ZULHAIMI NARIN #https://maps.app.goo.gl/ZUYZbdZdQGujXyUQ7 #selepas bank in sila hantar bukti pembayaran😀🤗