Saturday, 9 April 2022

PENJAHIT BAJU

 ASSALAMUALAIKUM


 


 

PENJAHIT BAJU

.

Banyak tempahan telah terima

menjahit baju kerjaya lama

ambil ukuran    

fesyen disaran

kain digunting tersalah tema

.

Jelang Ramadan tolak tempahan

bulan puasa kerja perlahan

kalut selalu

letih terlalu

tercucuk jarum sakit menahan

.

Asyik merenung jarum dan benang

nampaknya mudah begitu senang

kabur pandangan

capai setangan

kain bertimbun jahit tak menang

.

Baju sedondon sempena raya

ingin disambut penuh bergaya

dulu pandemik

kini endemik

cuba siapkan tidak berdaya


PARIDAH ISHAK

DMS

4/9/022

4 comments:

  1. Tahun ni rasa macam lebih berganda kemeriahannya ..

    ReplyDelete
  2. kak PI dah beli baju raya ke tu?

    ReplyDelete
  3. Sibuk tukang jahit baju tahun ini kan Kak PI.

    ReplyDelete
  4. rezeki tukang jahit raya tahun ni

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”