Monday, 7 March 2022

UNTAIAN KASIH

 ASSALAMUALAKUM


 





 

ULASAN BUKU

UNTAIAN KASIH

Genre : Puisi tradisi

Penyelenggara :

Sabariah Nor Salleh

Ana Cik Kamal

Penerbit : Pena Bidara

Nombor ISBN : 9 78967- 26671-1-7( Sastera puisi)

Bilangan mukasurat : 153

Pengulas : Paridah Ishak

 

Naskah Untaian Kasih merupakan himpunan pantun empat kerat bertema bebas selenggaraan Puan Ana Cik Kamal dan Puan Sabariah Nor Salleh dibantu Penulis Pak Ngah, Meor Azman, Zainal Rampa, Noor Leeza @grup untaian kasih facebook.

Sejumlah 480 rangkap pantun dipaparkan dalam antologi ini hasil karya 46 orang pemantun.

Setiap pemantun menyertakan sepuluh rangkap pantun dengan pilihan tema pelbagai namun melengkapi rasa untuk dinikmati pencinta karya puisi pantun yang ternyata indah.

Pantun nukilan Ana Cik Kamal, pemantun yang sering disiarkan pantun di Radio Klasik RTM tidak pernah menghampakan. Terbaik dengan binaan sampiran dan maksud bersesuaian. Melengkapi disiplin menulis pantun dengan pilihan sepuluh suku kata. Begitu juga dengan pantun dihasilkan semua pemantun walau ada yang menulis pantun dengan suku kata melebihi sepuluh.

Antologi pantun ini amat istimewa kerana pemantunnya terdiri dari berbilang bangsa. Seperti Wishnu Kailash, pemantun keturunan India tapi menetap di London. Santunan pantunnya menyusun sampiran dan maksud indah bermakna. Terpesona menikmatinya.

Begitu juga dengan pantun-pantun Penulis keturunan Cina;Sick Kua Peng berasal dari Kelantan tinggal di Pahang.

Pantun nukilan penulis @AKADEMI SPTA seperti Cikgu Nazim Mohd Subari, Pak Engku, Yahti Hayati, Syidah Ida, Hamimah Ibrahim, Jalimah Jaudin, Saniah Masri, Zuraida Dewi, Jamal A Majid, Kamarsinah Sarkam, Pak Ngah, Meor Azman,Teruna Desa, Sabariah Nor Salleh, Bonda Zalina Amat Rosman menepati piawaian pantun sempurna sepuluh suku kata dengan rima tengah dan hujung sekata.

Antologi pantun Untaian Kasih tambah berseri dengan pantun karya pemantun undangan iaitu Penulis Mustafa Siraj,  Puan Anisma  DJ Radio Klasik RTM, Puan Amelin Idrus DJ Radio Klasik RTM juga pemantun prolifik Sdr. Othman K Lee dari Singapura.   

Tahniah kepada semua penukil pantun, penyelenggara dan penerbit yang bersusah-payah menerbitkan antologi comel puisi tradisi, bakal diwarisi generasi sebagai khazanah negara.


6 comments:

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”