Thursday, 3 March 2022

ROSAK TAPAI KERANA RAGI

 ASSALAMUALAIKUM

PERIBAHASA


pic google images (c)

.

Di bangku batu sumandak lena,
masak merampai mengguna janggi;
laku suatu tidak sempurna,
bak rosak tapai kerana ragi.
.
Kesannya lugai rasa berdenyut,
menggagah hatta sela jemuju;
berjalannya bagai ara hanyut
singgah merata menghala tuju.
.
Rahsia raja simpan gelinya,
peti bercembul gemala arung;
sia-sia saja perbuatannya,
seperti membubul jala burung.
.
Telah sempaya di singki belah,
belati layam mengetuk onak;
ajarlah dia baiki salah,
seperti ayam mematuk anak,

5 comments:

  1. pantun yang indah. banyak perkataan kena google maksudnya

    ReplyDelete
  2. Tupai bukan sebarang tupai,
    tupai sakan melompat gembira;
    tapai bukan sebarang tapai,
    tapai dimakan di kenduri kendara.

    ReplyDelete
  3. bahasa laras tinggi ni. saya kena baca slow2 baru buleh faham.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”