Tuesday, 15 March 2022

OMBAK MEMBANTING SENDIRINYA

 ASSALAMUALAIKUM



PERIBAHASA
.
Raga diganti raup seluang,
angkat segerah abang menungging;
sehingga mati sanggup berjuang,
bersukat darah bertimbang daging.
.
Lelah kerana menyapu rahat,
akan melesang karat dielus;
telah terkena tipu muslihat,
bagaikan terpasang jerat halus.
.
Suri menyeduh memandak pandan,
mengagak lahan senang bertambah;
mencari jodoh tidak sepadan,
bak tabuhan meminang anak labah-labah.
.
Merah pipinya rahsia lama,
seregai gombak gunting alisnya;
kemarahannya yang sia-sia cuma,
bagai ombak membanting sendirinya.

10 comments:

  1. terbaik Kak PI..ada perkataan yg pertama kali dengar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh nohas bahasa Melayu kita luas perbendaharaan kata tksh nohas

      Delete
  2. Jangan marah-marah. Nanti sendiri yang sakit

    ReplyDelete
  3. mencari jodoh tidak sepadan,
    bak tabuhan meminang anak labah-labah

    Tabuhan itu tebuan ye Kak PI?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tabuhan tu Amie...makna tabuhan tu macam riuh membuat rancangan tksh Amie

      Delete
  4. wah... madah berhelak ke tu? heheheh

    ReplyDelete
  5. Wkmussalam
    Klass tinggi puisi PI ni
    Banyak suku kata yang pertama kali wak dengar dan tak faham

    ReplyDelete
  6. tabuhan meminang anak labah-labah? dia minta 7 dulang hati nyamuk ke kak? hehehe #gurau

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”