Saturday, 12 February 2022

TARGHIB KEPADA TAUHID

 ASSALAMUALAIKUM





PERKONGSIAN ILMU:
SURAH 4: AN NISA (WANITA)
Muka Surat: 86.
Ayat: 45 – 51.
Ayat 45 – 47: TARGHIB KEPADA TAUHID (KUATKAN IMAN) DAN ANCAMAN UKHRAWI
Ayat 45: Allah lebih mengetahui musuh-musuh kita, bukan sahaja Yahudi tetapi ramai lagi. Allah kata jangan bimbang, rancangan mereka hendak menyesatkan kita. Allah memberi peringatan supaya kita sentiasa berwaspada kepada musuh-musuh Islam. Allah bertitahu dalam ayat ini; DIA akan menjaga kita menolong kita.
Ayat 46: Dalam kalangan orang Yahudi, orang awam tidak memiliki kitab Taurat. Hanya ulamak-ulamak atau pendita mereka sahaja yang memiliki kitab Taurat. Allah beritahu apa yang ulamak-ulamak Yahudi buat.
1. Mereka mengubah-ubah kandungan kitab Taurat, untuk kepentingan diri mereka. Kemudian kandungan yang telah diubah-ubah itu disampaikan kepada orang awam. Orang awam hanya akan menerima sahaja.
2. Mereka menukar tafsir ayat-ayat dalam Taurat dengan cara yang salah. Ikut agenda mereka sendiri, demi kepentingan mereka. Oleh kerana mereka dipandang ahli ilmu, maka orang awam akan terima sahaja.
3. Orang-orang Yahudi Madinah datang dalam majlis ilmu Nabi Muhammad saw, yang membaca ayat-ayat al Quran. Kemudian mereka menjaja ke tempat lain, dengan membaca ayat-ayat lain. Mereka ubah, untuk menipu orang lain supaya percaya kepada mereka. Mereka kata: “Kami dengar”. Sedangkan dalam hati mereka; “Kami tidak akan menurut.”
Orang-orang Yahudi ini apabila berjumpa Rasulullah saw atau orang-orang Mukmin, mereka meminta supaya mereka didengari. Mereka kata, mereka tidak memperdengarkan kalimah yang menyesatkan. Mereka beritahu yang baik-baik sahaja. Tetapi sebenarnya mereka menipu dan menghina baginda. Mereka berkata dengan perlahan; “Dengarlah kepada kami, semoga kamu tidak mendengar lagi (pekak).” Mereka juga memutar- belitkan perkataan “Raaeina” dengan tujuan mencela agama. Lafaz “Raina” bermaksud: Kamulah Nabi yang mengawasi kami. Ini boleh merosakan akidah. Sifat KETUHAHAN hanya kepada Allah. Allah melaknat mereka yang sesat, kerana mereka sendiri yang kufur. Mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja.
Ayat 47: Apabila Allah sebut dalam al Quran: “Wahai orang-orang yang diberi kitab, maknanya merujuk kepada orang-orang Yahudi yang diberi Taurat dan orang-orang Nasoro (Keristian) yang diberi Injil. Allah berkata terus kepada mereka bahawa kitab al-Quran yang diturunkan ini, membenarkan kitab-kitab yang ada pada mereka. Allah menyuruh mereka juga beriman kepada al-Quran. Ilmu Tauhid yang ada dalam Al Quran, sama dengan ilmu Tauhid dalam Taurat dan Injil. Allah beri amaran dan ancaman kepada mereka. Allah boleh menukar wajah mereka arah ke belakang. Allah cerita, bagaimana Allah telah melaknat dan menukar bentuk manusia yang degil menjadi kera, kerana melanggar larangan Allah, tidak boleh menangkap ikan pada hari Sabtu. Orang-orang Yahudi, tahu perkara ini. Allah cerita supaya mereka taat dan takut ke[ada Allah. Ketetapan Allah pasti berlaku.
Ayat 48 – 51: ALLAH TIDAK AMPUN DOSA SYIRIK DAN CELAAN KEPADA AHLI KITAB.
Ayat 48: Allah tidak akan mengampuni dosa syirik. Menyamakan hukum buatan manusia dengan hukum Allah mengandungi unsur syirik. Perbuatan yang menjurus kepada syirik adalah dosa besar. Ramai orang melakukannya tanpa disedari. Belajar tafsir Quran 30 juzuk pasti nampak kesemua pengenalan syirik dan jenis-jenis syirik. Allah boleh ampunkan semua dosa jika DIA kehendaki, kecuali dosa syirik.
Ayat 49: JAZRUN; Celaan dan teguran Allah kepada ahli-ahli Kitab (Yahudi dan Nasoro /keristian). Mereka sangka mereka
hebat
, Allah sangat sayang kepada mereka dan Allah tidak akan mengazab mereka. Mereka menjadi manusia yang rosak fahaman, puji diri sendiri. Hanya perasaan semata-mata menyangka mereka masuk syurga. Orang-orang Islam pun ada yang berperasaan seperti ini. Mengaku diri suci. Kita tidak boleh berperasaan bebas dari dosa. Allah sahaja yang berhak membersihkan dan memuji sesiapa yang dikehendaki-NYA. Mereka tidak akan dizalimi atau diaiaya sedikit pun. Jika layak dapat pahala, Allah akan beri walau sekecil mana pun.
Ayat 50: Mereka tanpa segan-silu telah menggunakan nama Allah untuk menipu. Mereka mengaku Allah yang beritahu mereka suci. Mereka berbohong mengaku jumpa Rasulullah dalam mimpi. Allah berfirman; “Cukuplah perbuatan itu menjadi dosa yang terang nyata.”
Ayat 51: Teguran Allah lagi kepada ahli-ahli kitab. Mereka telah diberi kitab Taurat dan Injil. Mereka golongan ilmuan yang dipandang tinggi dalam masyarakat, tetapi mereka melakukan syirik. Allah turunkan ayat ini, membuka rahsia mereka bersekongkol dengan Musyrikin Mekah selepas Perang Uhud. Dua ketua Yahudi Bersama 70 Yahudi Madinah datang, ketika itu Musyrikin Mekah sedang merayakan kemenangan Perang Uhud. Ka'ab ketua rombongan Yahudi bersumpah, di depan Abu Sufyan, ketua Musyrikin: “Aku bersumpah dengan nama Tuhan, kamu lebih terpimpin dari Muhammad. Dia telah sesat.” Mereka percaya kepada Jibti dan Taghut. Jibti ialah menyembah selain Allah, seperti menyembah patung-patung berhala dan percaya kepada tangkal, azimat dan lain-lain. Taghut ialah syaitan yang membisikkan penipuan, menjauhkan daripada Allah.
💚💙💜

2 comments:

  1. Semoga kita semua dapat laksanakan amal makruf, nahi mungkar.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”