Tuesday, 22 February 2022

MENDAKI BUKIT

 

ASSALAMUALAIKUM

 


PENDAKI BUKIT

 

Bukan mendaki mengguna kaki

naik kereta anak lelaki

gembira rasa

mengisi masa

jalan berbelok pening takluki

.

Sebelum sampai ke atas bukit

selirat urat menyeri sakit

pandang keliling

siksa berpaling

hendak berdiri terjingkit-jingkit

.

Hari dah petang bergegas pulang

perut gelombang berulang-ulang

sakit kepala

termuntah pula

awal ceria citranya hilang

 

Menyesal pula ikut bersama

e Bukit Fraser tempat ternama

tempat yang cantik

hati berdetik

walau sebentar kesannya lama


PARIDAH ISHAK

DMS

2222

6 comments:

  1. Jalan berliku
    bak ular dipalu
    hati berlibang libu
    Bagai mahu lari langkah seribu

    ReplyDelete
  2. Semangat K.Pi bukan selalu pun mendaki bukit.

    ReplyDelete
  3. Sampai juga ke Bukit Fraser 😀
    Saya masih belum pernah jejak kaki di sana.

    ReplyDelete
  4. seronok dapat tengok2 pemandangan kan Kak PI

    ReplyDelete
  5. kak Pi tak tahan loya jalan bengkang-bengkok macam ular dipalu agaknya

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi saya sampai di sana.

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”