Thursday, 3 February 2022

BALIK KAMPUNG

 ASSALAMUALAIKUM


SETELAH BERKPP... BERKPD MULAI 2020 HINGGA 2021..BERKURUNG HAMPIR 2 TAHUN BAHANA COVID 19  DI DALAM RUMAH AKHIRNYA DAPAT JUGA PULANG KE KAMPUNG ZIARAHI IBU TERCINTA...ORANG LAIN TU DAH LAMA BERJALAN KE SANA SINI MENYELESAIKAN URUSAN HIDUP SEHARIAN DENGAN ALASAN YG DIBENARKAN TAPI TIDAK PI YG OKU INI.

SEKIRANYA HENDAK KEMANA-MANA DITIMBANG TELITI DULU KEPUTUSANNYA...BERFIKIR BANYAK KALI SEBAB DAN AKIBATNYA...KADANG KESIHATAN DIRI TIDAK MENGIZINKAN....LAGIPUN TIDAK MAHU MENYUSAHKAN ANAK CUCU MENGURUSKAN KEUZURAN PI...LANTARAN BERJALAN JAUH INI MELETIHKAN ...BADAN PULA TERASA SAKIT SANA SINI...JADI TERPAKSALAH MEMBATASKAN PERGERAKAN...HARUSLAH SEDAR DIRI DAH RENTA KAN!

PI PERHATIKAN SUASANA KAMPUNG SUNYI SEPI...TIADA SESIAPA BERADA DI LUAR RUMAH...MOTOR KERETA TIDAK KELIHATAN LALU LALANG ...KALAU DAHULU JALAN DI DEPAN RUMAH IBU PI BUKAN MAIN SIBUK LAGI. MAKLUM ITU JALAN UTAMA UNTUK KELUAR KE BANDAR JENGKA. KINI LENGANG.

RUMAH JIRAN DI ATAS BUKIT TELAH TIADA...TINGGAL TAPAKNYA SAJA...PEMILIK NYA TELAH KEMBALI KEPADA-NYA DAN ANAK-ANAK PUNYAI KEHIDUPAN DI RUMAH SENDIRI DI TEMPAT LAIN...RUMAH YANG TERBIAR USANG AKHIRNYA ROBOH...

MUNGKINKAH RUMAH PI JUGA AKAN JADI BEGITU? SEDIHNYA!



MIA N INNARA PENEMAN MAKTOKNYA





SINGGAH MAKAN NASI GULAI PATIN TEMERLOH


DAH SAMPAI RUMAH DI UJ NAMPAK MEMPELAM BERBUNGA LEBAT


WAH ADA DUA EKOR LEMBU COMEL MILIK KAKIDAH DITAMBAT DI SITU.  JADI PENJAGA RUMAH PI..TUAN UZAINI RALIT MENGUTIP BELIMBING...MUDAH MENCAPAINYA..LEBAT BUAHNYA SEKELILING DAHAN N RANTING



IBU BARU CUCUK DOS BOOSTER MASUK WAD PULAK DAH BAIK SIKIT TAPI DAH TAK LARAT NAK SENYUM 





 

8 comments:

  1. kak PI nampak gembira dapat berjumpa Ibu. Semoga kak PI dan Ibu diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan. cucu-cucu nampak seronok dapat melihat suasana kampung

    ReplyDelete
  2. Orang Temerloh ke? Keluarga mertua belah Temerloh... Lebak Seberang ada, Chenor ada, TJ pun ada. Smoga kak PI dan keluarga sentiasa dalam lindungan rahmat Ilahi sentiasa.

    ReplyDelete
  3. seronoknya jalan jauh balik kampung.. saya rumah mak dengan mertua dekat2 saja.. x sampai 30 minit perjalanan

    ReplyDelete
  4. seronok bila dapat balik kampung ye kak... suasana kampung yang sentiasa dirindukan

    ReplyDelete
  5. terserlah keceriaan di wajah Kak PI!

    ReplyDelete
  6. Seronoknya Kak PI dapat balik kampung. Ceria sangat riak wajah Kak PI. Moga urusan pergi dan balik kampung dipermudahkan oleh-Nya. In syaa Allah.

    ReplyDelete
  7. syukurlah mak Kak PI masih ada. sy kini yatim piatu. huhuhu....

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”