Monday, 28 February 2022

Giveaway Buku Kereta Lembu Dari Melaka oleh www.fairusmamat.com

 ASSALAMUALAIKUM

GIVEAWAY KERETA LEMBU


PI memang jarang sertai GA...tapi kali ni sebagai tanda sokongan kepada sahabat blogger Fairus Mamat mesti juga nak join insya-Allah. Jom ramai-ramai sertai meriahkannya.

Nak tau syarat-syaratnya singgah segera ke blog sahabat kita tu ya.

PI tag 

https://www.perducinta.com/

https://misshamakeupstore.blogspot.com/

Sunday, 27 February 2022

HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI

 ASSALAMUALAIKUM



KOMENTAR PERIBAHASA






Tabir Alam

**PEGAR **
Kredit gambar: ebird(dot)org.
Ayam pegar atau nama saintifiknya Lophura ignita rufa ditemui oleh Raffles pada tahun 1822. Dikenali juga jenis burung kuau atau kuang, dan didapati hidup dalam hutan, sering menjadi haiwan peliharaan. Haiwan bersifat omnivor, memakan bijiran, pucuk daun, siput serta cacing.
Haiwan ini terdapat di negara Indonesia, Malaysia, Myanmar, serta Thailand dan semakin pupus di Asia Tenggara, tetapi tidak terdapat di India.
Didakwa tersirat dalam peribahasa Melayu, "Harapkan pegar, pegar makan padi" daripada versi asalnya "Harapkan pagar, pagar makan padi", dan polemik perdebatan isu tersebut hangat diperbincangkan dan kajian masih diteruskan.
Polemik ini dicetuskan oleh Dr. Burhanuddin al-Helmy pada 18 Disember 2011, dengan dakwaan perubahan berlaku semasa proses penyalinan dari tulisan Jawi ke tulisan Rumi. Tiada dapatan bukti pengsahan yang diberikan.
Jawapan dari pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 19 Mei 2018 memutuskan: "Untuk makluman, DBP masih mengekalkan bentuk yang sedia ada, iaitu "Harapkan pagar, pagar makan padi," kerana peribahasa tersebut merupakan khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, seperti yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu".
Dr. Haji Awang Sariyan (DBP) mengemukakan dapatan kajian pada 19 Februari 2019 bahawa ejaan Jawi dalam buku lama ialah *pa-alif-ga-ra menepis dakwaan awal "pegar makan padi".

Saturday, 26 February 2022

BUKIT FRASER LAGI

 ASSALAMUALAIKUM


ASSALAMUALAIKUM

 

Selamat berhujung minggu. Agaknya ke mana destinasi hari ni? Apapun berhati-hati menjaga diri tika berwisata, menghadiri kenduri atau ke mana saja justeru kes kobid kini mencanak tinggi dan ramai yang dijangkiti omicron adinda delta. Tapi takkan nak berkurung bertahun untuk memutuskan rantaiannya. Nampaknya rantai kobid tak mudah nak putuskannya.

Berbekalkan semangat takut-takut berani terpaksa melangkah jua mencelahi ruang alam yang dicemari diaspora virus kobid korona dan adik beradiknya meneruskan rutin  hidup dengan lebih berhati-hati. Setelah penat mencari rezeki seadanya sesekali perlu merehatkan jiwa raga dengan kegiatan  santai melegakan. Pergilah jalan-jalan ke mana saja.

Baru ni PI bersama anakcucu ke Bukit Fraser. Sebenarnya ini kali ketiga PI ke sini. Kali pertama pada awal 2000-an. Melalui jalan kecil yang bengkang-bengkok di lereng bukit, hingga sampai ke puncak memening kepala amat. Dalam hati diam-diam berkata; ‘inilah kali pertama dan akhir ke sini.’ Jeran sudah.

Tapi ironi pula. Pantang anak cucu ajak ke BF mengekor juga. Indah banjaran Titiwangsa diselaputi kabus putih dengan flora, fauna alam menghijau, desiran semilir dingin seolah merangsang dayaku ke tempat percutian dengan semua senibina lama ala Inggeris ini.











Thursday, 24 February 2022

JALAN

 ASSALAMUALAIKUM



JALAN HAYAT
.
Langkah
satu satu
sampai situ
langkah
dua tiga
sampai sana
langkah
tiga empat
angan cepat
langkah
lima enam
senja terbenam
langkah
tujuh lapan
lelah menampan
langkah
sembilan sepuluh
rabun menyuluh
Jalan sudah mati
siaga berhenti
meniti titi
janji pasti


PARIDAH ISHAK
DMS
24222

Wednesday, 23 February 2022

DIAM LOBAK

 ASSALAMUALAIKUM


 


PIC GOOGLE IMAGES(C)

Tanam keladi batas ditambak,

melilau sisi terasa sunyi,

menyemai geti pohon dipotong,

mendaki bukit terasa sejuk;

elok menjadi seperti lobak,

walau berisi diam sembunyi,

tidak seperti terung tergantung,

harta sedikit suka menunjuk.



PARIDAH ISHAK

DMS

23222

Tuesday, 22 February 2022

MENDAKI BUKIT

 

ASSALAMUALAIKUM

 


PENDAKI BUKIT

 

Bukan mendaki mengguna kaki

naik kereta anak lelaki

gembira rasa

mengisi masa

jalan berbelok pening takluki

.

Sebelum sampai ke atas bukit

selirat urat menyeri sakit

pandang keliling

siksa berpaling

hendak berdiri terjingkit-jingkit

.

Hari dah petang bergegas pulang

perut gelombang berulang-ulang

sakit kepala

termuntah pula

awal ceria citranya hilang

 

Menyesal pula ikut bersama

e Bukit Fraser tempat ternama

tempat yang cantik

hati berdetik

walau sebentar kesannya lama


PARIDAH ISHAK

DMS

2222

Sunday, 20 February 2022

REJAB

 ASSALAMUALAIKUM





REJAB
.
purnama Rejab
cahaya malam kelam
tarbiah jiwa
puasa sunat akbar
keriaan berbuka
.
bersama Rejab
amalan Islam syumul
pemula semi
sedia tegar uji
bulan puasa wajib
.
hari berlalu
bakal berakhir Rejab
pembawa khabar
sinar Syaaban mencerlang
rahmat Ramadan luruh

Friday, 18 February 2022

HANTU MAKAN DEDAK?

 ASSALAMUALAIKUM



SALAM JUMAAT MULIA


PERIBAHASA
.
Letakkan kartu ambilkan bedak,
adik melangut pintu jerembab;
bagaikan hantu termakan dedak
asyik bersungut tak tentu sebab.
.
Rehat sahaya keringat basah,
alihkan bidur melintas tiang;
terlihat dia sangat gelisah,
bagaikan tidur di atas miang
.
Diidamkannya pudak di dahan,
mengamuk pasti memintal upas;
demdamnya dia tak berkesudahan.
bak nyamuk mati gatal tak lepas
.
Tebak membayang rawan teringin,
sia di meja enak isinya;
bak layang-layang melawan angin
sia-sia saja usahanya.


PARIDAH ISHAK
DMS
1802022

Thursday, 17 February 2022

PREMIER

 ASSALAMUALAIKUM



PENTERJEMAH
.
Terpandang dia sekotak tisu
terfikir tentu tiada isu
akan dipilih
istilah alih
netizen tanya menjawab lesu
.
Akhirnya mulut ditutup rapat
pilihan rambang memang tak tepat
ribut di cawan
berolak rawan
komen diberi dosa mengumpat
.
Bidang terjemah ilmu yang ahli
sering dirujuk berkali-kali
mungkin tekanan
main peranan
jenama tisu ketawa geli
.
Istilah Inggeris gemar guna
cantik sekali lihat sempurna
menyelak kamus
segan merumus
kritikawan bermurung gulana

PARIDAH ISHAK
DMS
1802022

Wednesday, 16 February 2022

KEBENARAN

 ASSALAMUALAIKUM





KEBENARAN
.
Pahit persis jadam
perit ditelan
gigih tikai
tulinnya
.
Benar lihat samar
emosi galau
simpang siur
berliku
.
Sisih lontar sinun
benamkan dalam
perasaan
menjiwa
.
Tawakal hakikat
istidraj sapa
hai ujian
insani


PARIDAH ISHAK
DMS 
16/02/022

Tuesday, 15 February 2022

AIR

 ASSALAMUALAIKUM





AIR
.
pancuran air
lanskap pinggiran kota
rintik pelangi
deretan lampu neon
aliran sinar malam
.
air mineral
sisi raga bekalan
wisata jauh
kerongkong kering kontang
hapus tenar dahaga
.
ibadah solat
bersuci air mutlak
semurni jiwa
tulus pohonan doa
senada persih reda


PARIDAH ISHAK
DMS
15/02/022

Sunday, 13 February 2022

DAMIA MAISARA

 ASSALAMUALAIKUM


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

DAMAI MAISARA CUCU PI KE LIMA...BERUSIA ENAM TAHUN GEMAR MELUKIS...HASIL LUKISANNYA DI TADIKA DIBAWA PULANG TUNJUK PADA MAKTOKNYA...KALAU MAKTOKNYA MAIN-MAIN WARNA DIA PUN TUMPANG SIBUK...SIMPAN DI SINI WAJAH COMELNYA BERSAMA INNARA CUCU KE ENAM