ASSALAMUALAIKUM
Empat naskah antologi terbaru terbitan Akademi
SPTA 022 telah selamat kepenerimaan PI kiriman Sifu Tabir Alam. Alhamdulillah!
Terima kasih banyak sifu. Tiga puisi PI terselit dalam antologi LAZUARDI.
Terharu sekali sifu sudi memilih karya PI saduka IMAN, seloka TERLUPA, teka
teki APA ITU yang disiarkan di grup penulisan GRAHA untuk diterbitkan dalam
antologi ini. Tahniah semua penukil karya. Dan TSUNAMI pula adalah antologi
puisi tanka selenggaraan sifu TA. Semua penulis terlibat dibimbing sifu TA cara
menukilnya dengan tepat dan indah susun diksi puisi tradisi asal dari Jepun ini.
Tanka puisi tiga stanza lima larik dibina
dengan disiplin lima suku kata baris satu, tujuh suku kata baris dua, lima suku
kata baris tiga, tujuh suku kata baris empat dan lima. Tajuk tanka PI dalam
antologi comel ini; ENDEMIK, SAMPAN. KAIN, IKAN.
Sifu TA membimbing kakpidah dan semua penukil
terlibat agar puisi yang dihasilkan berkualiti dan terbaik diterbitkan untuk
menjadi khazanah negara. Tahniah sifu usahanya tiasa berterusan membimbing
penggiat sastera dan menerbitkan pula karya
bercetak. Terima kasih banyak sifu menurunkan ilmu tanpa jemu kepada PI dan semua penulis SPTA…Tahniah juga semua sahabat terlibat
TAHNIAH SIFU dan SEMUA PENUKIL puisi Akademi SPTA
Sekiranya ingin miliki buku dengan kulit dan
isinya yang cantik segera pm sifu TA@FACEBOOK.
memang cantik cover bukunya. sesuai lah dengan himpunan puisi Jepun
ReplyDeleteTahniah semua pengkarya yang sntiasa komited dalam lapangan penulisan. Semoga terus berkarya.
ReplyDeletetahniah buat kak PI dan juga penulis lain
ReplyDeleteTahniah Kak Pi..
ReplyDeletetahniahnyer kak paridah ishak.. 👍👍
ReplyDeleteTahniah Pi dan semua pengkarya hebat
ReplyDelete