Saturday, 1 January 2022

SALAM TAHUN 022

 ASSALAMUALAIKUM



SELAMAT TAHUN BAHARU 022

.

Telah  hadir dua puluh dua

tinggal sudah dua puluh satu

semakin tambah usia tua

menjumlah angka terus begitu

.

Awal  Januari hujan renyai

dingin sekali mengulit tulang

menyelak kisah tangis merinai

terkenang-kenang wajah yang hilang

.

Saat bergelut virus pandemik

kala Disember banjir melanda

cuba hayati fasa endemic

arus menolak tiada tanda

.

Sinar mentari cerah mencerlang

pagi berseri murai menyanyi

harapan indah silang-menyilang

rona pelangi merias sunyi

.

Tahun baharu cuma sebentar

terlalu cepat berlalu pergi

walau tak suruh atau dihantar

ada rezeki bertemu lagi


8 comments:

  1. Selamat tahun baru Kak PI..sejuk hari ni..

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru 2022 Kak PI.

    ReplyDelete
  3. salam tahun baru kak PI. semoga ada sinar kebahagiaan lepas semua musibah yang melanda

    ReplyDelete
  4. Selamat tahun baru Kak PI. Saya doakan akak sentiasa sihat walafiat di tahun 2022 ni dan lebih bahagia. Amin

    ReplyDelete
  5. Selamat tahun baharu 2022 K.PI. Didoakan sentiasa di dalam rahmat kasih sayang Allah S.W.T.

    ReplyDelete
  6. Selamat melangkah ke tahun baharu 2022
    Semoga terus aktif membuah karya kreatif

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”