Friday, 7 January 2022

KUKU BARU

ASSALAMUALAIKUM

SALAM JUMAAT MULIA

KUKU BARU

 

PIC GOOGLE IMAGES (C)

Selama aku hidup tidak pernah sekalipun aku mengalami sakit kuku. Tapi aku tahu sakit kuku di jari kaki kerana sakit kuku cekam kata orang. Kalau sakit begini biasanya pengidap akan meletakkan daun inai yang ditumbuk lumat. Sebentar saja kuku yang sakit cekam kembali pulih sediakala insya-Allah.

Entah kenapa pula sebaik bangun pada awal pagi, aku merasa ibu jari tanganku yang kiri sakit. Keadaannya pada mulanya agak berjalur dan menipis. Terkejut kuperhati kerana ibu jariku bengkak pula. Apabila disentuh kelihatan sedikit nanah. Aku kehairanan. Mulai risau. Tertanya-tanya pula masalahnya. Mungkin sakit jantungkah? Diabetiskah? Hendak dapatkan rawatan di klinik di musim Covid-19 masih berpesta dengan perintah PKP, PKPD agak sukar juga. Lagipun aku keberatan selalu hendak keluar ke mana-mana kerana akan menyusahkan anak-anakku menguruskan perjalanannya.

Anakku memberiku ubat antibiotic yang disapu pada kuku yang sakit itu. Vitamin C kuulang telan setiap pagi. Nampak ada perubahannya. Bengkaknya semakin surut. Aku bermsg bertanyakan masalahku tentang itu pada sahabatku Hamimah kerana beliau mantan seorang jururawat professional dalam bidangnya. Katanya sapu minyak habatus sauda dan temui doctor untuk dapatkan rawatan. Terima kasih Mim nasihatnya.

Setakat sapu minyak habatus sauda mudah saja kubuat dan amalkan. Ke hospital untuk berjumpa doctor masih enggan..

Alhamdulillah kuku ibu jari tanganku beransur sembuh. Akan dipotong tika perlu. Ralitku perhatikan rupanya telah tumbuh kuku ibu jari tanganku yang baru menggantikakan kuku lama yang mengunjur dan telah dipotong. Subhanallah!.


2 comments:

  1. Alhamdulillah dah ok. Betullah musim PKP dna pademik memang malas nak ke hospital

    ReplyDelete
  2. Baguslah dah sembuh.. sakit kuku ni banyak masalahnya, macam dulu masa saya kerja kilang kuku selalu patah. Aktiviti seharian pun tertangguh..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”