Saturday, 29 January 2022

IMBAU BANJIR

 ASSALAMUALAIKUM



IMBAU BANJIR

"Mak pegang besi tu kuat-kuat" jerit anakku ketika kami berusaha menyelamatkan nyawa masing-masing daripada ditenggelami air banjir yang masuk begitu laju melalui pintu sliding kami.
Kami duduk di atas meja,
meja pun terjungkit dan kami menggelunsur ke dalam air yang telah separas leher ku. Salah seorang anakku menghubungi JKKK minta bantuan kerana kami tidak sempat untuk keluar dari rumah dan tidak menyangka air naik separas itu dengan cepatnya, kami menggulung. permaidani, angkat TV Dan komputer. Tetapi air masuk dengan lajunya.
Sementara itu anakku yang Seorang lagi mencari bangku untuk diletakkan di depan pintu sliding agar aku dapat berdiri dengan memegang kuat besi grill pintu.
Kami semua sudah kesejukan hingga berlaga gigi dan badan menggelatar. Ku perihatikan jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Subhanallah pihak penyelamat masih belum datang lagi. Cucu ku yang berumur enam tahun mulai menangis kerana lampu dengan sendiri ya terpadam.
Duduklah kami dalam air dan gelap cuma diterangi oleh lampu jalan.
Aku berpaut kuat pada besi grill sambil tidak henti hentinya beristighfar, slawat sambil mata memerhati barang barang dan kerusi meja yang terapung di bawa air. Terdengar peti sejuk di dapur terbalik. Aku Reda ujian Allah beri kepada kami. Setitik air mata pun tidak keluar dari kelopak mataku. Cuma aku terfikir, Allah pinjamkan harta benda yang ada ini bertahun-tahun. Kini tiba masanya Allah ambil semula. Pasrah...
Sepanjang menghuni kawasan perumahan ini. telah lima kali kami dilanda banjir tapi kali ke enam ini luar biasa banjirnya. Seperti dicurah curah air mengalir melalui longkang besar di hadapan rumah.
Anakku masih lagi menghubungi pihak penyelamat. Ku buka pintu sambil meneriakkan "Allahuakbar" sebanyak tiga kali... Terdengar bunyi bot menyusuri rumah kami. Aku menjerit tolong kami di sini. Pihak penyelamat mengatakan tunggu sekejap mereka hendak menyelamatkan pak cik di rumah hujung sana yang telah menunggu di atas atap rumahnya. Ya Allah aku berfikir mesti rumahnya ampuh hingga ke bumbung. Kami sabar juga sudah lebih dua jam kami berendam. Apabila bot melalui hadapan rumah, air melimpahi lagi masuk ke rumah kami kerana pintu dibuka. Sambil lalu pihak penyelamat menyabarkan kami untuk menghantar mangsa banjir ke penempatan di Balai Raya tidak jauh dari rumahku. Sekali lagi bot lalu untuk mengambil lagi jiran di hujung jalan dan menyuruh kami tunggu.
Alhamdulillah lututku yang baru di bedah lebih kurang sebulan tidak terasa sakit selama berdiri di depan pintu. Kali ketiga bot baru sampai mengambil kami berdua dulu iaitu aku dan anak perempuan ku. Yang Seorang lagi bersama suami dan anaknya tunggu dulu kerana bot tidak muat untuk membawa penumpang yang lebih daripada lima orang termasuk dua orang sukarelawan yang sedia ada dalam bot. Air yang dalam dan kaki masih tidak boleh dibengkokkan menyukarkan aku untuk menaiki bot. Terpaksa mereka mengambil tangga. Naik tangga pun kena perlahan lahan. Alhamdulillah tanganku disambut oleh sukarelawan untuk duduk di dalam bot. Kami pergi sehelai sepinggang. Beg tangan ku yang mengandungi telifon bimbit dan sedikit wang tunai terjatuh ke dalam air dalam rumah. Reda sahajalah apa nak dikata.
Sampai di Balai Raya aku dah tidak larat untuk berjalan lagi. Pemuda - pemuda kawasan termasuk anak saudara ku mencari bangku menyuruh aku duduk dan mereka mengangkat aku dengan bangku seperti bertandu.
Sampai di Balai Raya aku kesejukan menggigil. Jiran-jiranku sudah ramai berada di Balai Raya, kami orang kedua akhir diselamatkan. Melihat kan aku kesejukan jiran belakang rumahku memberi aku sehelai baju maksi dan aku menyalin baju yang basah kuyup itu. Duduk berlunjur di atas dua buah kerusi untuk menghilangkan sakit kakiku. Lebih kurang satu jam di situ rakanku isteri Imam masjid kami memberiku pinjam Telekungnya untuk solat subuh. Aku tercengang. sudah masuk waktu subuh fikirku bermakna aku terendam dalam banjir itu hampir empa jam. Ya Allah ngeri aku mengenagkan. Aku bersyukur kerana kami lima beranak terselamat. Aku tidak boleh tidur sementara menanti siang. Masih memikirkan air sudah surut atau belum. Dalam pada itu datang AJK Masjid menghantar sarapan untuk kami, nasi lemak teh susu
Duduklah kami di situ berborak menceritakan hal banjir. Pukul sepuluh pagi ada yang memberitahu air sudah surut dan ada yang balik ke rumah masing-masing untuk membersihkan rumah.
Aku menyuruh anakku balik ke rumah untuk mencari beg tangan yang tenggelam tu.
Beg sudah dijumpai dan aku
mengeluarkan telifon bimbit serta duit. Semuanya basah termasuk kad hospitalku sambil bertanya kepada anakku bagaimana keadaan rsh dan barang-barang kita. Bagai dilanggar geroda almari buku yang tersusun Quran, buku-buku, kitab-kitab semua habis jatuh ke dalam air. Sabarlah hati. Termasuk buku-buku antologi yang ku sayangi.
Peti sejuk, freezer semua terbalik. Dapur gas berketuhar pun dimasuki air lumpur. Pendek kata sembilan puluh peratus barang perabot, katil-katil, tilam musnah sama sekali. Aku beristighfar minta Allah sabar kan hati ini.
Sebentar kemudian menantu ku datang mengajak aku ke rumahnya dan tidak membenarkan aku tinggal di situ disebabkan keadaan kesihatan ku tidak setabil lagi.
J. Jania
Kg. Baru. Bentong
24.1.2022



J JANIA PENULIS SPTA
SEDIH SEKALI PENGALAMANNYA MENGHADAPI BANJIR YANG MELANDA BENTONG BARU-BARU INI


5 comments:

  1. bertabahlah duhai hati. abe kie pun mengalami situasi yg sama pd thn 2014 bila bah kuning melanda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman ngeri n sedih sgt kan cikgu reda n tabah

      Delete
  2. memang sedih baca. saya ingatkan ni kisah kak PI tadi. semoga Allah beri ketabahan dan permudahkan urusan semua mangsa banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. tksh sal sedih kisahnya kak baca pun nangis

      Delete
  3. Tak permah alami banjir dan kalau boleh x nak merasa

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”