Saturday, 20 November 2021

SAMBUNGAN TAFSIR SURAH 18: AL KAHFI (GUA).

ASSALAMUALAIKUM



 PERKONGSIAN ILMU: SAMBUNGAN TAFSIR SURAH 18: AL KAHFI (GUA).

Muka Surat: 297 – 298.
Ayat 32 hingga 40.
KISAH KEDUA: FITNAH HARTA. Kisah Dua Lelaki.
Ayat 32: Allah buat contoh bandingan. Boleh berlaku pada zaman dahulu hingga sekarang. Kalau seseorang itu kaya, berharta ada yang bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain. Allah ceritakan tentang dua orang lelaki. Lelaki pertama, tidak beriman. Lelaki itu memiliki kebun anggur yang luas dan di sekeliling kebun anggurnya terdapat kebun kurma yang luas juga. Pokok-pokok kurma itu dapat menahan angin kuat daripada merosakkan pokok-pokok anggur. Di samping itu, lelaki itu memiliki ladang- ladang tanaman lain seperti gandum. Allah yang mengurniakan rezeki itu.
Ayat 33: Kedua- kedua kebun lelaki itu mengeluarkan hasil yang banyak. Di antara kedua kebun tersebut, terdapat sebuah sungai yang mengalir. Pekerja- pekerja di kebun-kebun tersebut mudah mendapat sumber air. Semuanya nikmat daripada Allah. Apabila Allah cerita kebun yang
hebat
dalam al Quran, maknannya tiada kebun lain yang paling
hebat
. Seperti kerajaan Nabi Sulaiman as. yang
hebat
. Tiada kerajaan lain yang lebih
hebat
.
Ayat 34: Pemilik kebun itu juga mempunyai banyak harta yang lain, melimpah ruah. Dia beritahu kepada jirannya sesorang lelaki Mukmin: Dia lebih banyak harta, lebih berpengaruh dan pengikut- pengikutnya ramai. Dia berkata demikian, ketika sedang berbual-bual dengan jirannya itu. Cara dia bercakap, menunjukkan kesombongannya.
Ayat 35: Lelaki kaya itu masuk ke kebunnya bersama jirannya lelaki Mukmin. Dia sebenarnya telah menzalimi diri sendiri kerana angkuh dan riak. Dia menganggap semua harta kekayaan yang dimiliki hasil usaha sendiri. Lupa kurniaan itu daripada Allah. Pemilik kebun itu yakin, kebunnya tidak akan kekal selama-lamanya. Dia menafikan kekuasaan Allah. Mengingkari Tauhid.
Ayat 36: Pemilik kebun itu berkata lagi kepada jirannya, dia yakin kiamat tidak akan terjadi. Mengingkari Hari Kiamat. Kalau kiamat betul-betul terjadi dan setelah mati dihidupkan kembali, seperti fahaman lelaki jirannya itu. Dia yakin, dia akan selamat dan akan diberi kekayaan yang lebih banyak lagi. Itu hanyalah sangkaan, merasa mulia di sisi Allah jika dibangkitkan.
Ayat 37: Apabila lelaki kaya itu menyebut fahaman yang menyalahi akidah, lelaki mukmin, jirannya menjawab dengan pertanyaan. “Patutkah kamu engkar dengan Tuhan yang menciptakan kamu dari tanah. Kemudian menciptakan kamu daripada sperma. Kemudian DIA sempurnakan kamu menjadi lelaki yang sempurna?”. Lelaki mukmin itu mengagungkan Allah dan menolak dakwaan lelaki kaya itu.
Ayat 38: Lelaki Mukmin itu berdakwah kepada lelaki kaya dengan menyatakan: Dia yakin dan percaya bahawa, DIAlah Allah, Rabb yang mencipta , memiliki, memelihara dan menjaga serta mentadbir kehidupan kita. Dengan tegas dia berkata; Dia tidak akan menyekutukan Allah.
Ayat 39: Lelaki mukmin beri nasihat kepada sahabatnya yang kaya itu. Supaya menghargai nikmat yang Allah berikan. Ketika masuk ke dalam kebun berkatalah: “Ma sya Allah, Laaquata illah billah”. Sebagai tanda kita mengkagumi nikmat Allah dengan melafazkan kalimah ini. Apabila melihat sesuatu yang
hebat
dan menakjubkan, ucapkanlah kalimah ini. Yang bererti: Sungguh, atas kehendak Allah semua ini wujud. Tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Lelaki Mukmin itu mengakui bahawa dia miskin harta dan anak lelakipun kurang. Tetapi dia yakin, semuanya ketentuan daripada Allah.
Ayat 40: Lelaki Mukmin itu yakin, Allah boleh lakukan apa sahaja. Allah boleh berikan kepadanya yang lebih baik daripada lelaki kaya tersebut. Redha Allah dan keampunan daripada Allah lebih baik dan kekal daripada harta dunia yang sementara. Allah boleh tarik nikmat dan harta dunia bila-bila masa. Allah boleh mengirimkan kilat dan petir yang membinasakan kebun-kebun anggur dan kurma serta tanaman. Pokok-pokok tumbang dan terbakar. Dalam yang singkat, kebun-kebun itu menjadi tanah yang rata dan licin.

5 comments:

  1. Terima kasih kak PI perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih perkongsian ini ya

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Kak PI atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Lama sungguh tak ziarah ke sini.. maklumlah sejak sop semakin longgar ni maka bertambah sibuk la. qadha semula apa yang tak dapat dilakukan dulu hahaha.. Alhamdulillah perkongsian yang amat bermanfaat. Betapa pentingnya surah al-kahfi sehingga Rasulullah menganjurkan dibaca setiap jumaat untuk perlindungan daripada fitnah dajal.

    ReplyDelete
  5. terima kasih kak pi..kita baru berjinak jinak dengan surah ni

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”