Monday, 15 November 2021

PUISI TERAPI MINDA

 

ASSALAMUALAIKUM

MENULIS PUISI TERAPI MINDA



Pelbagai genre puisi sama ada moden atau tradisi boleh dinukil untuk menyegarkan minda yang layu. Menggubahnya agar kelihatan indah puitis tentulah terpaksa berfikir sedikit dan merujuk pelbagai sumber juga. Ketepatan fakta amat perlu. Terutama kalau menukil puisi tradisi seperti pantun, syair, nazam, seloka, gurindam, talibun, teromba, rejang dll  yang menuntut kepatuhan tatabahasa, jumlah suku kata dan rima tertentu. Tidak seperti puisi moden iaitu sajak yang lebih bebas peraturannya. Sajak sebagai wahana luahan rasa hati yang tidak terikat dengan disiplin ketat seperti puisi tardisi haiku, tanka, senryu dari Jepun dan diamante, limerick, soneta, vilanell, terza rima dari Italy. Tapi puisi moden, sonian dan saduka penciptanya menentukan suku kata.

Sifu Tabir Alam juga disamping mengenalkan berbilang puisi dalam bukunya PUISI & PEMUISI turut membimbing penulis di bawah naungan SPTA genre puisi tradisi tempatan dan luar negara dan menerbitkannya sebagai antologi menurut kesuaian tajuk.

Bagi yang telah menyambut ilmu daripada sifu TA tentu dengan mudah dapat menukil puisi berbeza. Kalau ilhamnya melimpah ruah boleh bercerita dalam syair yang panjang. Namun puisi pendek haiku walau 3 larik dengan jumlah suku kata 5, 7, 5 hendak membinanya memakan masa juga.

Masa terbuang pula rasanya. Lebih baiklah digunakan masanya untuk menukil pantun rima sempurna. Begitulah caraku akan menulis puisi berbeza menurut mood,ilham dan masa. Selalunya kalau aku rasa stress terkilan, limerick akan kutulis. Sajak jadi pilihanku sekiranya sesuatu perkara berlaku menyentuh hatiku.

Terima kasih sifu TA sudi menurunkan ilmu puisi kepadaku pelbagai genre. Dapatlah aku berayun selalu dalam buaian puisi menghibur sunyi. Alhamdulillah 

 

4 comments:

  1. Bagus menulis puisi. Melatih minda menyusun kata-kata. Sejenis senaman otak, moga dapat elak dari jadi pelupa

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam.
    Selamat berpuisi kak.

    ReplyDelete
  3. suka baca tulisan puitis yang ada lenggok dan sedap di baca, puisi ni nampak macam mudah nak ditulis tapi kadang tak kene dengan penggunaan perkataan dan ayat tak jadi sedap jugak.

    ReplyDelete
  4. Puisi itu ada tersirat nasihat melalui kiasan kata indah..bertuah bijak bersajak

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”