Monday, 8 November 2021

JENJALAN MELAKA

 

ASSALAMUALAIKUM

 








 

Alhamdulillah Sabtu lalu rentas negeri Selangor dan NS  menuju Melaka Bandar bersejarah bersama anak menantu dan cucu-cucu. Berkereta lama juga.memang menahan sakit pinggang. Maklum PI kan sakit. Tapi pantang anak cucu pelawa jenjalan, nak mengekor je heh..heh..

Sempatlah ronda-ronda Bandar Melaka BERSEJARAH berkelah di pantai Puteri,melihat mentari terbenam. Singgah bersolat di masjid Tankera, sebelum berkurung dalam hotel SRI MALAYSIA sehingga malam menjelang pagi. Sepagi-pagi hingga waktu check out di dalam hotel saja berenang-renang di kolam.PI perhati dari jauh saja. Cucu-cucu bukan main seronok lagi lagaknya macam itik jumpa air.

Ketika pulang anak-anak lelaki yang memandu mengikuti jalan lama pesisir laut sehingga PD. Rupanya luas juga negeri Melaka. Selalu tu lalu highway sekejap saja dah sampai Melaka. Mengikuti jalan tepi pantai terasa jauhnya. Namun dapat perhati kedamaian alam sepanjang perjalanan. Aman harmoni indah semulajadi. Rumah penduduknyapun jauh-jauh satu.

Berhenti di pantai PD makan bekkal MACD heh..heh..sampai di Serendah sebaik masuk maghrib…Alhamdulillah selamat


12 comments:

  1. bestnya Kak PI jalan2 makan angin bersama anak cucu..budak2 dpt mandi di swimming pool mmg seronok..hehe..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah seronok tu rentas Melaka sambil menyusuri pandati Port Dickson akhirnya melalui Selangor. Lalu jalan dalam lagi seronok walaupun jauh tapi pemandangan kampung memang osem

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, mencipta kenangan

    ReplyDelete
  4. wah...bestnya jalan-jalan kak.

    Moga kak PI terus sihat dan gembira selalu

    ReplyDelete
  5. Bestnya bercanda di persisiran pantai 😆✨

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah sempat merasa keindahan alam..da lama tak pergi melaka ni

    ReplyDelete
  7. seronok tu kak... jenjalan dengan anak dan cucu, tengok kerenah mereka penat pun hilang

    ReplyDelete
  8. waalaikumussalam. tengok gambar ni terasa rindu nya kat melaka ^_^

    ReplyDelete
  9. seronoknya kak PI dapat bercuti bersama anak cucu. saya pun tak tau jalan lama ke Melaka. Selalu ikut highway sahaja.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah dapat makan angin bersama keluarga

    ReplyDelete
  11. jenjalan..bermakna jalan jalan bersiaran..

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”