Monday, 25 October 2021

PERKONGSIAN ILMU SURAH 18: AL KAHFI (GUA).

 ASSALAMUALAIKUM


PERKONGSIAN ILMU SURAH 18: AL KAHFI (GUA).
Muka surat: 293 - 294.
Ayat: 1 - 8
PENGENALAN:
Keutamaan surah. Sunnah dibaca setiap hari Jumaat. Menghafal ayat 1 - 10 terpelihara daripada fitnah Dajjal. Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud. Ada riwayat lain 10 ayat terakhir.
Ayat 1: DAKWA SURAH (Isi Penting) Mukadimah surah. Puji-pujian hanya milik Allah SWT. Menunjukkan Hanya DIA yang patut disembah dan diseru. Allah berkuasa memiliki dan mengurus sekalian hamba dan makhluk. Hikmah diturunkan al Quran, membuktikan kesempurnaan ilmu Allah SWT. Segala keraguan dan kesesatan Musyrikin Mekah terjawab dalam Quran ini. Ayat-ayat Allah, tiada yang terpesong. Diturunkan kepada Nabi Muhammad saw yang mulia untuk disampaikan kepada umat manusia. Selama 23 tahun.
Ayat 2: Quran itu teguh maknanya. Bawa manusia ke jalan yang lurus benar. Allah menyebut sebab dan hikmah penurunan Al Quran, untuk memberi ancaman dan amaran kepada orang-orang degil ingkar. Yang menolak tauhid. Mereka akan diazab dengan azab yang sangat berat dan pedih. Di padang mahsyar dan di akhirat.
Khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan beroleh balasan baik.
Ayat 3: Ini bukti kekuasan Allah yang sangat
hebat
. Mereka yang mendapat balasan yang baik, kekal selama-lamanya. Al Quran perlu difahami mengikut kehendak Allah. Bukan anggapan sendiri. Seperti gantung ayat-ayat Quran untuk dapat berkat.
Ayat 4: Amaran keras kepada yang tidak membetulkan akidah mengikut Al Quran. Ancaman kepada golongan yang menganggap "Allah mempunyai anak". Allah ada anak angkat, yang dianggap sebagai wakil atau perantara.
Musyrikin Mekah memuja dan menyeru malaikat- malaikat dan roh-roh anbiya seperti seru Nabi Isa, Uzair, Nabi Khidir serta jin-jin untuk minta tolong selesaikan masalah. (Syirik)
Ayat 5: Celaan Allah. Musyrikin Mekah dan datuk nenek mereka tidak tahu bahawa:
a. Kepercayaan Allah mempunyai wakil tiada dalil wahyu.
b. Allah murka kepada orang-orang yang mempunyai kepercayaan sedemikian.
Musyrikin Mekah - malaikat-malaikat anak perempuan Allah.
Keristian - Nabi Isa as anak Allah
Yahudi - Nabi Uzair anak Allah.
Hanya rekaan semata-mata tiada dalil. Orang awam terima kerana tiada ilmu.
Ayat 6: TASLIAH/ PUJUKAN KEPADA RASULALLAH . Allah memujuk Nabi Muhammad saw dan sesiapa yang menyampaikan tauhid. Jangan berdukacita, kepada mereka yang enggan beriman kepada al Quran.
Ayat 7: Allah pujuk Nabi Muhammad saw jangan bersedih. Apa yang ada di bumi hanya perhiasan sebagai tempat ujian dan cubaan. Siapa yang lebih baik amalnya dan ikut peraturan -NYA. Emas, permata dan lain-lain hanya digunakan masa hidup sahaja untuk menguji manusia, siapa yang
terbaik
amalannya. Orang beriman beramal soleh, amalan daripada sumber al Quran dan hadis sahih. Mereka dijanjikan syurga kekal.
Ayat 8: Segala perhiasan di bumi ini akan hancur musnah. Pada Hari Kiamat bumi akan digoncang dengan kuat. Allah akan jadikan bumi ini sebagai tanah yang tandus dan berdebu.

8 comments:

  1. Asalam..semoga sihat ya.
    terima kasih perkongsian ayat al khafi ini

    ReplyDelete
  2. Etuza copy ayat ke 7 dan 6 ya.Mohon halalkan ilmu yang Etuza copy ya. maaf jika menjadi kesalahan..harap bagitau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah tkshcikgu sudi terima ilmu yg dikongsikan ustazah/cikgu norlaila sama2 kita berdakwah cara kita.

      Delete
  3. Terima kasih atas perkongsian yea :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian kak PI

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”