Saturday, 2 October 2021

AL FATIHAH

ASSALAMUALAIKUM

 


PERKONGSIAN ILMU:

SURAH 1: AL FATIHAH.
Ayat 1 hingga 5.
PENGENALAN:
EMPAT PEMBAHAGIAN AL QURAN
Kandungan al Quran terbahagi 4 berdasarkan 4 perkara. Setiap bahagian bermula dengan.
‘Alhamdu Lillah’
1. Surah 1 al Fatihah – Surah 5 al Maidah . Hanya Allah Pencipta segala sesuatu
2. Surah 6 al An’am hingga Surah 17 al Israk. Hanya Allah yang Memelihara, Menjaga , Mengurus dan Mentadbir segala yang diciptanya
3. Surah 18 al Kahfi hingga Surah 33 al Ahzaab. Hanya Allah yang Mengurus dan Mentadbir, Mengolah dan Mengubah suai. Memberi rezeki dan menahan rezeki.
4. Surah 34 Saba hingga surah 114 An Nas – Allah Taala Yang Berkuasa Penuh pada Hari Akhirat / Pembalasan.
Kesemua 4 perkara dalam al Quran ini, terkandung dalam Surah al Fatihah .
Surah ini dinamakan al Fatihah kerana ia adalah pembukaan kitab bertulis. Dibuka bacaan dalam solat.
Surah ini turun di Mekah dan di Madinah. Surah teragung dalam al Quran. Dikenali sebagai
1. Ummul Kitab
2. Ash- Solah - syarat wajib sah solat.
3. Asy - Syifak - penyembuhan setiap racun
4. Ar Rukyah - penyembuhan disengat binatang bisa.
Ayat 1: Kehebatan lafaz "Bismillahir Rahmanir Rahim"
Aku mula membaca al Quran ini dengan: "Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi".
ALLAH - nama teragung bagi Allah, merangkumi semua sifat-sifat Allah SWT.
Dengan lafaz ini mendekatkan diri kita kepada Allah. Memohon keberkatan. Memohon pertolongan kepada Allah.
AR-RAHMAN - ALLAH memiliki sifat penyayang. Sayang kepada semua makhluk . Yang taat atau yang derhaka. Yang mukmin atau yang kafir.
AR-RAHIM - ALLAH memiliki sifat pengasih. Sayang Allah SWT hanya kepada orang-orang mukmin di dunia dan akhirat.
Kepada orang-orang yang derhaka dan kufur tiada kasih sayang Allah SWT .
Ayat 2: Puji-pujian kepada Allah sebagai pencipta, memelihara dan mentadbir seluruh alam .
AL HAMDULILLAH - Allah sebagai Maha Pencipta
RABBIL AALAMIIN.
– Allah Yang Memelihara, Mengurus dan Mentadbir seluruh alam ini. Allah berkuasa penuh kepada kita sebagai hambaNYA.
Allah SWT mencipta, menjaga dan mengurus mentadbir alam ini bersendirian. Tak perlu pertolongan sesiapa.
Ayat 3: Selepas Allah SWT mengatakan diriNYA adalah TUAN
pemilik seluruh alam ini. Maka sekarang Allah sebut dua sifatnya iaitu:
"Ar- Rahmanir Rahim" Yang Maha Pemurah lagi Mengasihi. – Allah yang Memiliki, Mengurus dan Mentadbir makhluk yg dicipta. Allah Mempunyai sifat Pemaaf/ pengampun dan sifat Penyayang.
AR RAHMAN - sayang Allah seperti sayang seorang bapa kepada anaknya. Seorang ayah sanggup pukul anak supaya anak itu menjadi baik dan taat.
Allah mahu kita bersusah-payah dalam ibadat dan bersabar menghadapi ujian.
AR RAHIM - Sifat pengasih Allah SWT seperti seorang ibu sayang anaknya. Tak sanggup tengok anaknya bersusah- payah.
Kasih sayang Allah hanya kepada orang-orang Mukmin, di dunia dan di akhirat.
Ayat 4: "Maaliki Yawmi Din" – Allah yang menguasai Hari Pembalasan dan Yang Memiliki Safaat. Hanya Allah SWT yang akan memberi Safaat iaitu pertolongan kepada kita di akhirat kelak. Safaat hanya dengan izin Allah SWT.
Kefahaman tentang 4 perkara, dalam 4 ayat ini menyebabkan pergantungan hati sepenuhnya kepada Allah SWT.
Hayati keempat-empat sifat ini sebelum menyebut "Iyyaka Na’budu wa Iyya kanasta’in".
AYAT 5: IYYKANA' BUDU - Ya Allah, hanya Engkau sahaja yang kami sembah. – Ia merupakan Tauhid fil ibadah – Huraian ayat ini terdapat dalam surah 39 AZ-ZUMAR.
IYYA KANASTA'IN – Ya Allah, hanya kepada-MU kami memohon pertolongan . Minta tolong kepada Allah SWT sahaja, minta tolong ketika kita hidup. Huraian ayat ini terdapat dalam surah-surah yang dimulai dengan Haa Miim. Yang dikenali sebagai Hamim Tujuh.
SURAH-SURAH YANG DIMULAI DENGAN ‘HAA MIIM’
1. Surah 40 – Al Ghaafir
2. Surah 41 - Fussilat
3. Surah 42 - Ashshura
4. Surah 43 - Az- Zukruf
5. Surah 44 - Ad- Dukhaan
6. Surah 45 - Al- Jaathiya
7. Surah 46 – Al- Ahqaf.
Dalam surah-surah tersebut Allah SWT mengajar kepada kita, cara-cara mohon pertolongan kepada-NYA.

8 comments:

  1. Subahanallah..Allah yang satu, tiada duanya..maha hebat Allah

    ReplyDelete
  2. Terimakasih kak PI..saling ingat mengingati..

    ReplyDelete
  3. sayang dan kasihnya Allah pada kita luar biasa.

    ReplyDelete
  4. terima kasih atas perkongsian yang baik ini kak PI

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik
    terima kasih atas perkongsian yang amat bermanfaat ini..

    ReplyDelete
  6. saya belajar sesuatu
    terima kasih kak!

    ReplyDelete
  7. memang wajib tau makna surah ni memandangkan ia antara bacaan wajib dalam solat. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete

Terima kasih bersama Karyaku...Paridah Ishak. Komen anda amat dihargai... “Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”